Muatnaik dan kongsi gambar menyusu haram walau tutup aurat

0 15

Beberapa hari yang lepas, gempar  mengenai beberapa isu mengenai ibu muda yang memuatnaik dan kongsi gambar menyusu di laman sosial Facebook.
Keadaan  menajdi  viral disebabkan salah satu  laman Facebook parodi  Amran Fans memuatnaik beberapa keping gambar ibu muda sedang menyusukan anak ke laman sosial.Susulan dari gambar tersebut banyak pihak yang tampil mengeluarkan kenyataan tentang isu tersebut.Ada yang memberi kenyataan setuju dan ada jugak yang menolak disebabkan agak keterlaluan berkongsi gambar tersebut.

kongsi gambar menyusu

Melalui satu posting di fanpage  Pencetus Ummah Rahmat melalui posting terbarunya,beliau menulis mengenai  apakah hukumnya dari segi agama Islam apabila berkongsi gambar menyusu walaupun tidak membuka aurat:

kongsi gambar menyusu

Seputar isu ibu muda posing sambil susukan anak.

Soalan: Ustaz, apa hukum upload gambar selfie posing susukan anak?

Ustaz: Astaghfirullah. Hukumnya haram dan kena cepat2 delete.

Soalan: Tapi, dia tak dedah aurat pun. Seluruh tubuh terlindung…

Ustaz: apa saja yg penampilan perempuan boleh menarik perhatian ajnabi walaupun tutup aurat ialah haram. Dalil:

1. فلا يخضن بالقول . سورة الأحزاب
Orang perempuan tidak boleh lunakkan suara

2. ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن سورة النور
Orang perempuan jangan hentak kaki utk tunjuk perhiasan tersembunyi.

3. ولا يبدين زينتهن الا ما ظهر منها . سورة النور
Orang perempuan jangan tunjuk perhiasan yg tersembunyi kecuali yang terzahir.

4. ايما امرأة استعطرت فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي كذا وكذا اي زانية . حديث مسلم
Mana-mana wanita yang berwangi2an dan melintasi kaum lelaki sehingga terbau wangiannya, maka ia telah (menghampiri) zina.

Soalan :apa kena mengena dalil ni dengan posing menyusukan anak?

Ustaz : jika memakai wangi wangian sehingga menarik syahwat pun sudah menhampiri zina apatalagi Gambar Breast Feeding .. tidak kah akan ada eksploitasi

Dalil-dalil ini bukan untuk mendiskriminasi kaum wanita, tetapi sebagai perlindungan buat mereka. Orang lelaki diminta menghormati wanita. Aurat mereka adalah ekslusif buat insan-insan istimewa dalam hidup mereka.

Menjaga wanita dari di diskriminasi dan di Eksploitasi adalah tanda Agama Islam menyayangi wanita

Maka jangan la membuka ruang Di Eksploitasi dengan gambar yang boleh dimanipulasi

Sayangi diri dengan sifat malu dalam diri

Oleh itu kepada ibu muda di luar sana yang suka kongsi gambar menyusu lebih baik anda lupakan.Jangan buka aib keluarga anda!-Hiburan.my

Posting di petik dari facebook Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.