Mukhriz memang patut kena buang kerana tidak mencapai tahap yang dikehendaki-Nazri Aziz

0 4

 

Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir

Datuk Seri Nazri Aziz menempelak bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang mendakwa dirinya mendapat mandat dan sokongan rakyat terbanyak, lapor Free Malaysia Today.

“Saya nak tanya dia, sejak bila dia bertanding atas nama peribadi? Sistem di sini bukan sistem seperti di Amerika yang Barack Obama bertanding di atas namanya sendiri. Mana ada kajian yang menunjukkan dia ada sokongan rakyat atas diri sendiri.

“Janganlah perasan sangat. Kenyataan sinis Mukhriz pada Bashah agar tidak tidur semasa upacara angkat sumpah MB esok juga berniat jahat, bersifat peribadi, kelas rendah dan kebudak-budakkan.

“Dia memang patut kena buang kerana tidak mencapai tahap yang dikehendaki,” katanya. – HIBURAN.MY

Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir Dipecat kerana kritik Najib?

Mengulas isu beliau dipecat,bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa dirinya dipecat oleh Putrajaya kerana tindakannya mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan isu 1MDB, derma RM2.6 bilion dan GST.

“Sesungguhnya alasan sebenar tindakan ini diambil ke atas saya adalah kerana kritikan mengenai 1MDB, wang derma RM2.6 bilion dan bebanan sara hidup rakyat akibat GST yang telah saya suarakan terhadap Perdana Menteri seperti yang beliau sendiri akui.

Dalam sidang media yang sama, Mukhriz juga memberikan amaran bahawa UMNO berada pada titik yang lemah selagi dipimpin oleh Najib.

“Saya minta maaf untuk mengatakan ini, selagi Najib masih ada, UMNO akan terus berada pada titik yang paling lemah pada ketika ini. Skandal demi skandal, kita sudah tidak boleh menerima semua ini. Ini sudah melampau dan membuatkan rakyat dan kepimpinan yang lain trauma.

“Kita sudah tidak boleh lagi merasa bangga apabila kita ke luar negara,” katanya.

Kenyataan Mukhriz itu juga turut disahkan oleh beberapa pelajar di luar negara yang mengakui bahawa mereka sendiri berasa malu dengan skandal yang terus menerus melanda kepimpinan kerajaan sehingga mereka malu untuk mengakui berasal dari Malaysia.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.