Nazri Aziz bidas kenyataan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim agar tidak campur tangan

0

Nazri Aziz bidas kenyataan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim agar tidak campur tangan

 

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz membidas kenyataan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sambil memintanya agar tidak campur tangan dalam urusan politik negara.  Menurut Nazri tindakan anakanda Sultan Johor itu yang mengeluarkan kenyataan berhubung isu-isu politik negara akan menyebabkan beliau dikecam.
“Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan whack (belasah) dia.     
“Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang. Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik.   “Kamu memegang jawatan penting di negeri… kalau kerajaan “belasah” kamu balik, jangan marah,” katanya dalam sidang media di Universiti Malaya hari ini.

Video penuh di bawah:

Nazri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tunku Ismail awal bulan ini berhubung ketidakhadiran Najib dalam program dialog Nothing2Hide.  Tunku Ismail pada 5 Jun lalu berkata, orang yang ingin menyembunyikan segala-galanya tentu sekali tidak akan muncul dipercayai merujuk kepada tindakan     Perdana Menteri untuk tidak hadir dalam sesi dialog dengan NGO di Kuala Lumpur atas alasan keselamatan.   Kenyataan itu mengejutkan banyak pihak dan dikongsi meluas di Internet, terutamanya di media sosial.

 

 

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More