Oppo N3 akan berada di pasaran Malaysia awal tahun depan

0 9

Oppo Malaysia telah membuka tempahan untuk telefon terbaru mereka, Oppo N3, bermula pada 26 November sehingga 20 Disember ini dan akan memasuki pasaran Malaysia pada 1 Januari tahun hadapan.Memetik daripada Tech Nave, Oppo N3 merupakan telefon pintar yang mempunyai kemera 16 megapixel yang boleh berputar secara automatik.Selain kemera yang boleh berputar, kamera ini juga turut dilengkapi sokongan merakam gambar dalam bentuk RAW yang akan menjadi tarikan kepada pengemar fotografi.Telefon pintar ini juga hadir dengan spesifikasi terkini antaranya dwi-SIM dan 4G LTE.Siri kedua ini turut disertakan dengan alat kawalan jauh dimana anda boleh mengawal muzik dan kamera. Jika anda lupa dimana anda letakkan telefon anda, anda tekan sahaja alat kawalan jauh tersebut.

Oppo N3

Oppo N3 dijual pada harga RM2,098 dan lebih menarik lagi ialah bagi 3000 tempahan awal akan menerima pelbagai cenderamata tambahan, termasuk pengecas dalam kereta, pelindung skrin dan kerangka luar tambahan.Sebelum ini siri pertama Oppo untuk kamera yang boleh berputar adalah Oppo N1. Perbezaan antara kedua-dua siri ialah kemeranya berputar secara manual dan saiznya lebih besar daripada Oppo N3.Untuk maklumat lanjut mengenai Oppo N3, layari laman sesawang Oppo Malaysia.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.