Panduan dan kaedah menyusukan anak angkat bagi ibu yang tidak pernah mengandung

0 3

anak angkat

Setiap pasangan yang berkahwin ingn memiliki zuriat tetapi disebabkan beberapa perkara ia meghalang seseorang itu  untuk mendapatkan zuriat.Kami dihiburan.my berharap pasangan anda cekal dan terus berusaha untuk mendapatkan zuriat. Zaman sekarang kami percaya ramai yang mengambil anak angkat atas berbagai-bagai alasan.Ramai ibu diluar sana yang mengambil anak angkat berhasrat untuk menyusukan anak angkat mereka..Disini kami ingin memberikan beberapa panduan dan kaedah menyusukan anak angkat berdasarkan rujukan-rujukan yang memang diambil dari sudut perubatan

Panduan dan kaedah menyusukan anak angkat bagi ibu yang tidak pernah mengandung.

. Panduan persiapan payu dara untuk menyusukan anak angkat

  1. Natural tanpa penggunaan hormon yang dikenali sebagai‘Basic Pumping protocol’:

Satu atau dua bulan sebelum ketibaan anak angkat, bakal ibu bolehlah memulai untuk merangsang pengeluaran susu badan dengan mengurut buah dadanya selama 10 minit sebanyak 8-10 kali. Ini hendaklah dilakukan setiap hari selama 2 minggu. Kemudian seterusnya ini boleh diikuti dengan penggunaan pump pemerah susu elektrik pula selama 10-15 minit sebanyak 8-10 kali sehari. Oleh itu, lebih kurang setiap 3-4 jam, hendaklah mengepam buah dada. Pastikan pemerah pump diletakkan betul-betul agar puting buah dada tidak terluka. Mungkin anda boleh juga menyapu sedikit krim lanolin kepada puting sebelum mengepam untuk merasa lebih selesa.

  1. Menggunakan hormon:
  2. a) Mempunyai lebih dari 6 bulan sebelum ketibaan anak angkat.
  • Minggu pertama: Memakan pil perancang e.g Yasmin, 1 biji sehari + ubat Domperidone, 10mg empat kali sehari.
  • Minggu kedua: Meneruskan pil perancang Yasmin 1 biji sehari + ubat Domperidone tetapi tingkatkan dosnya kepada 20mg empat kali sehari. Pada peringkat ini, mungkin setengah wanita akan merasakan perubahan berlaku pada payu daranya.
  • Teruskan kedua-dua ubatan ini sehingga 6 minggu sebelum tarikh jangkaan bayi akan tiba
  • 6 minggu sebelum bayi akan tiba, berhentikan pengambilan pil perancang e.g Yasmin tetapi teruskan ubat Domperidone 20mg empat kali sehari.
  • 4 minggu sebelum bayi akan tiba, mulakan ransangan fizikal payu dara dengan memulakan proses memerah susu seperti penerangan di atas dengan menggunakan mesin pemerah susu elektrik.(‘Basic pumping protocol’)
  • Dalam masa 1-4 minggu selepas memulakan ransangan  wanita tersebut mula akan mendapati sedikit susu akan keluar. Apabila bayi sudah tiba bolehlah menyusu badan terus. Jaga khuatiri sekiranya susu sedikit sahaja keluar pada awalnya. Hendaklah terus menyusu badan di samping mengepam menggunakan mesin pengepam untuk menggalakkan lebih susu untuk keluar.
  1. b) Mempunyai kurang dari 6 bulan sebelum ketibaan anak angkat:
  • Satu ke dua bulan sebelum bayi tersebut tiba, memakan pil perancang e.g Yasmin, 1 biji sehari + ubat Domperidone, 20mg empat kali sehari.
  • Selepas 1 bulan, bolehlah berhenti memakan pil perancang tersebut tetapi meneruskan memakan Domperidone, 20mg empat kali sehari. Seterusnya rangsangan fizikal payu dara dengan memulakan proses memerah susu seperti penerangan di atas dengan menggunakan mesin pemerah susu elektrik.(‘Basic pumping protocol’) boleh dimulakan.
  • Apabila bayi sudah tiba bolehlah menyusu badan terus.

Tujuan penggunaan hormon pil perancang dan ubat Domperidone adalah untuk meng’simulasikan’ proses semulajadi kehamilan dan mengeluaran susu bagi ibu-ibu angkat tersebut. Pastikan yang anda sesuai untuk mengambil Pil perancang dengan berbincang dengan doktor anda. Ada ubat alternatif lain bagi wanita yang tidak boleh mengambil pil perancang yang turut dikenali sebagai ‘combined oral contraceptive pil’.

Panduan memakan ubat-ubatan hormon

  • Untuk mengurangkan kesan sampingan dari ubat pil perancang seperti Yasmin. Bolehlah memakan sebelum tidur
  • Untuk mengurangkan kesan sampingan dari ubat domperidone. Bolehlah memakan 1/2 jam sebelum makan.

Pengambilan pemakanan untuk menambahkan susu badan

  • Memperbanyakkan meminum air suam
  • Mengurangkan kafein dalam diet
  • Pengambilan halba, karot putih, oat, ikan dan kurma merah.

Rujukan:

The Protocols for Induced Lactation — A Guide for Maximising Breastmilk Production
By Jack Newman, MD, FRCPC and Lenore Goldfarb, Ph.D., CCC, IBCLC
Hormon prolaktin bertugas menghasilkan susu, manakala hormon oksitosin berfungsi untuk memancutkan susu keluar dari payudara seorang ibu. Kedua-dua hormon ini boleh dicetuskan apabila tubuh anda menerima rangsangan penyusuan secara berterusan dengan kerap setiap hari. Kedua-dua hormon ini dirembeskan oleh kelenjar pitituari iaitu kelenjar yang terletak di bahagian otak manusia. Ianya tidak ada kena mengena dengan rahim seorang wanita. Oleh itu, walaupun seorang wanita itu belum pernah hamil atau melahirkan bayi, ibu masih boleh menghasilkan susu.

Terdapat 2 kaedah menstimulasi perembesan hormon-hormon ini agar susu dapat dihasilkan dan dipancutkan iaitu melalui pengambilan ubat yang dapat merangsang penghasilan hormon ini dan menstimulasi puting ibu, yang secara tabiinya akan merangsang perembesan hormon. Walau bagaimanapun, kaedah yang terbaik adalah gabungan kedua-dua kaedah yang disebutkan di atas.

Secara semula jadi, bayi tahu cara untuk mencari payu dara. Jadi, beri peluang kepada dia dengan membenarkan dirinya mengenali ibunya dengan lebih dekat. Ketika melalui proses ini, jangan paksa diri dan banyakkan bersabar. Apabila bayi sudah membiasakan diri, dia dengan sendirinya akan memulakan proses stimulasi penyusuan. Bertenang dan yakinkan diri walaupun tahu susu ibu belum ada. Ibu jangan memaksa diri sendiri dan biarkan bayi menghisap atau melekap sahaja pada payu dara.

Untuk membolehkan bayi kekal melekap dan meneruskan hisapan di payu dara serta merangsang payu dara pada masa yang sama, bayi perlu diberi susu sebelum susu dapat dihasilkan oleh si ibu. 2 kaedah yang terbaik adalah seperti berikut:

1. Menitiskan susu dalam botol susu perlahan-lahan ke mulut bayi dalam keadaan bayi melekap pada payu dara. Titiskan sedikit-sedikit dan serapat mungkin dengan mulut bayi.

2. Menggunakan tiub khas yang dilekatkan pada payu dara manakala hujung satu lagi berada dalam bekas atau botol yang mengandungi susu. Ini mebolehkan bayi menghisap sekali payu dara dan menerima susu melalui tiub semasa dia menyusu pada payu dara.

Ibu perlu merangsang penyusuan antara 10 hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam termasuk pada waktu malam setiap kali bayi menunjukkan tanda-tanda mahu menyusu. Sebaik-baiknya lakukannya sebelum bayi mengamuk agar tidak menjejaskan usaha anda untuk menyusukannya secara terus daripada payu dara kelak.

Pemerahan menggunakan tangan mahupun pam payu dara adalah usaha tambahan yang boleh dilakukan dalam merangsang penghasilan susu. Malah antara usaha lain yang boleh dilakukan ialah dengan mengambil herba-herba yang diyakini dapat meningkatkan pengeluaran susu. Walau bagaimanapun, dapatkan nasihat perunding laktasi terlebih dahulu sebelum mencuba mana-mana herba supaya anda tahu jenis-jenis herba yang sesuai dengan diri anda.

Komen anda?

Komen

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.