Pegang Anjing,bawa makanan pada orang muslim

0 12

Pegang Anjing,bawa makanan pada orang muslim

Ini gambar semasa saya menjamu selera di Restoran Ameer Ehsan, sebelah Maybank di Maluri.

Pelanggan bawa anjing, tetapi dua pelayan restoran pegang anjing itu. Selepas itu, bawa makanan kepada orang muslim.  Saya makan disitu tetapi tidak hormat langsung pelanggan muslim.   Kemudian saya panggil dan tanya salah seorang pelayan yang memegang anjing itu. Dia kata dia beragama Hindu. Yang pelik, signboard ada tulis ‘Bismillah’ tetapi tak tahu adab pelanggan muslim.

Pegang Anjing,bawa makanan pada orang muslim

Minta orang ramai sebarkan dan boikot kerana kalau dilaporkan pada Kementerian Kesihatan pun,  paling teruk mereka hanya didenda sahaja sebab membenarkan pelanggan membawa binatang peliharaan di premis mereka.  Ini salah satu cara saya agar kita berhati-hati di masa hadapan. Saya marah pelayan itu di situ juga. Mereka kata mereka akan cuci kerusi itu tetapi bukan samak. Saya terus bayar dan beredar dari situ.

– Hafezal-

Kisah ini ditulis semula untuk paparan di hiburan.my

 

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.