Pegawai atasan MARA kantoi guna dana kerajaan beli satu blok pangsapuri di Australia

0 2
Pegawai atasan MARA kantoi guna dana kerajaan bagi membeli satu blok pangsapuri di Australia
Akhbar Australia Dedah Isu Penipuan Pegawai “Atasan” Mara di Melbourne | Hari ini, Malaysia dikejutkan dengan pendedahan dari sebuah akhbar di Australia yang mendedahkan seorang pegawai ‘atasan’ MARA, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik yang menggunakan dana kerajaan bernilai jutaan ringgit bagi membeli satu blok pangsapuri, Dudley International House, di Melbourne Australia.  Di dalam laporan dari akhbar The Age, satu kumpulan yang disifatkan oleh kumpulan tersebut sebagai “sangat kaya” menggunakan AS$4.75juta(RM13.8 juta) sebagai “kos tambahan” untuk membeli pangsapuri terbabit pada 2013.
Kumpulan tersebut didakwa membayar pangsapuri terbabit dengan harga yang lebih mahal iaitu AS$22.5 juta (RM65.2juta) daripada harga asal iaitu AS$17.8 juta, yang mana lebihan duit tersebut digunakan untuk merasuah di Malaysia, lapor akhbar terbabit.  Selain dari itu, akhbar tersebut turut mendakwa pemaju pangsapuri tersebut telah mengeluarkan invois palsu yang tertulis kononnya ia mendapatkan perkhidmatan jururunding dan nasihat dari firma Malaysia.
Selain itu, akhbar yang sama turut mendakwa kumpulan tersebut terlibat dengan pelbagai pembelian hartanah seperti satu blok pangsapuri dan pejabat di Melbourne yang bernilai AS$80juta.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.