Pelanggan Ayamas luah rasa kesal sebab dapat ayam busuk

0 10

Pelanggan Ayamas luah rasa kesal sebab dapat ayam busuk

 

Bukan tidak biasa kita mendengar aduan orang ramai mengenai makanan dan minuman yang dihidang oleh sesetengah restoran. Ada sahaja cerita jijik mengenai kualiti makanan termasuk penemuan bendasing yang boleh meloyakan anak tekak bila dilihat. Tapi dalam banyak-banyak, tak sangka pula kami restoran francais popular Ayamas turut terpalit sama menghidang juadah yang sudah basi kepada pelanggan.

Hal tersebut diadukan oleh seorang pelanggan, Shafiq Fhadly yang meluahkan rasa tidak puas hati dan kesalnya membeli ayam panggang dari Ayamas secara online baru-baru. Menurutnya, ayam panggang yang diberi bukan sahaja sudah basi dan berwarna pelik malah mempunyai bau yang sangat busuk. Lebih teruk, Shafiq mendakwa terpaksa menunggu tempahan ayam panggangnya lebih dua jam berikutan beberapa masalah termasuk penghantar makanan mengalami kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, perkara itu dimaklumkan lewat dan pihak restoran langsung tidak memohon maaf mengenai kesulitan tersebut. Difahamkan, selepas mendapat tahu ayam panggangnya yang dibeli telah basi, Shafiq kemudian memaklumkan hal tersebut kepada pengurus cawangan tersebut namun tiada sebarang respon atau tindak balas.

“Malam ini saya membuat tempahan Ayamas secara online pada pukul 7.41 pm untuk makan malam. Selepas satu jam menunggu, saya menghubungi kembali untuk memeriksa tempahan saya dan terkejut cawangan Ayamas (Damai Perdana) tidak menerima pesanan saya.

“Selepas 1. 30 jam kemudian pengurus cawangan menghubungi saya mengunakan telefon bimbitnya memaklumkan mereka terpaksa membatalkan tempahan saya berikutan masalah teknikal (budak penghantar terlibat dalam kemalangan). Saya rasa amat bersalah terhadap budak itu namun mengapa mereka mengambil masa 1.30 jam untuk memaklumkan hal itu dan membiarkan saya kelapan. Lebih teruk, pengurus mudah menyatakan jika saya masih mahu lagi, saya perlu menunggu satu jam lagi.

“Akibat kedegilan saya dan pengurus tindak berasa bersalah (tidak memohon maaf) saya tekad untuk menunggu. Selepas satu jam kemudian (9.50 pm), akhirnya saya dapat tempahan saya.

“Tetapi, apabila saya ingin menjamahnya saya mendapati ayam itu sudah busuk (tidak boleh dimakan), berwarna pelik dan mempunyai bau busuk. DAH BASI. BASI.

Pelanggan Ayamas luah rasa kesal sebab dapat ayam busuk

“Saya menghubungi talian perkhidmatan pelanggan tetapi mereka sudah ditutup. Saya menghantar SMS pada pengurus namun tidak menerima sebarang respon,” tulisnya.  Seperti semua maklum, restoran Ayamas merupakan restoran yang sangat menitik beratkan kualiti makanan dan juadah favorite rakyat Malaysia.  Maka, tidak wajar untuk membiarkan perkara seperti ini berlaku kerana ia akan mencalarkan nama restoran tersebut

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.