Pelanggan online kurang ajar,penjual tenang

0 19

 

Pelanggan online kurang

Kes perniagaan online yang melibatkan produk Dianz Vitamin. Boleh tahan juga penangan vitamin ini..♥  Seorang pelanggan online membeli produk tersebut dari seorang ejen Dianz. Setelah membayar RM50 pada jam 8.30 malam, dia beranggapan bahawa peniaga terbabit terus membuat penghantaran pada waktu malam itu juga.

Bagaimanapun, peniaga berkenaan menjelaskan bahawa PosLaju tidak dibuka pada waktu malam dan barang yang dipesan akan dihantar pada keesokkan harinya yang mana berkemungkinan akan sampai ke tangan pembeli 2 atau tiga hari kemudian.  Enggan beralah dan menganggap dirinya sudah berpengalaman dalam soal jual beli online, individu terbabit menuduh bahawa peniaga itu cuba menipunya.

“Takyah tipu lar, saya dah biasa beli online. Kalau sampai esok, buat apa saya bank in dekat sis semalam? Bank in semalam, poslah semalam!

“Boleh saja kan pos malam itu terus. Saya bank in jam 8.30 malam. Ada je PosLaju yang buka. Kalau malas itu jangan bagi beribu alasan. Kalau jam 4 petang ini tak sampai-sampai lagi, saya report pada Kementerian Kesihatan Malaysia!” tegasnya dalam mesej berkenaan.  Disebabkan kedegilan individu itu, peniaga terbabit mengambil keputusan untuk memulangkan wangnya. Malangnya, individu terbabit terus menerus mencaci makinya.

“Bodoh! Ingat ko kaya sangatlah. Setakat bisnes online. Pulangkan balik duit aku. Produk kau dan kau boleh pergi mati! Menyesal aku add friend Facebook ko! Shilah ke shial! Pui!” katanya.  Inilah ragam pelanggan yang biasa dihadapi oleh para peniaga online. Bagi yang ingin membeli secara online, fahamilah bahawa peniaga online juga adalah manusia dan memerlukan masa untuk membuat penghantaran mahupun menjawab mesej anda.

Para pengguna dinasihatkan agar membaca terma dan syarat atau testimoni pembeli sebelum meneruskan sebarang urusniaga dengan mereka bagi mengelakkan masalah seperti ini berlaku. – hiburan.my

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.