Pelatih PULAPOL didakwa mencuri telefon dibelasah

0 12

 

Pelatih PULAPOL didakwa mencuri telefon dibelasah

Sebuah video rakaman amatur yang menunjukkan seorang lelaki disepak, diterajang oleh rakannya kerana dituduh mencuri telefon tersebar di laman sosial.
Video berdurasi 1 minit 30 saat itu dimuat naik ke laman Facebook beberapa pages dan jadi viral sehinga, ditonton lebih 60000 netizen.  Difahamkan, kejadian yang berlaku di asrama Pusat Latihan Polis (PULAPOL) itu berpunca mangsa didakwa telah mencuri telefon lelaki terbabit.

Berang dengan mangsa, lelaki terbabit menyepak dan menerajangnya sehingga mangsa menangis merayu-rayu agar tidak diperlakukan seperti itu serta menafikan dakwaan yang kononnya dia telah mengambil telefon lelaki terbabit.  Bagaimanapun, enggan mempedulikan rintihan dan rayuan mangsa, lelaki terbabit terus menerus menyepak dan menerajang mangsa.  Kedua-dua lelaki terbabit dipercayai berasal dari Sabah berdasarkan dialek yang ditutur dalam video berkenaan. Ketika kejadian, rakan-rakan mereka hanya memerhatikan sahaja tanpa mengambil apa-apa tindakan untuk menghalang lelaki tersebut dari terus membelasah mangsanya

Video penuh disini—> Beritasemasa Di malaysia

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.