Bila Tarikh dan Jadual Pembayaran brim 2017 akan dibayar

0 1,099

Bila Tarikh dan Jadual Pembayaran brim 2017 akan dibayar.Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2017) akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut kelompok atau kumpulan kepada pemohon baru dan penerima sedia ada sekiranya permohonan / kemaskini maklumat mereka itu telah diluluskan atau berjaya Setiap permohonan dan maklumat kemaskini yang dikemukakan oleh pemohon baru dan penerima sedia ada, akan melalui peringkat semakan dengan beberapa agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan maklumat diberikan itu menepati syarat kelayakan dikehendaki

Bila Tarikh dan Jadual Pembayaran brim 2017 akan dibayar

TARIKH DAN JADUAL PEMBAYARAN BR1M 2017

Jadual Dan Tarikh Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia Kategori Isi Rumah (1) / E-Kasih

Jumlah BR1M 1,200
Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah
RM3,000 dan ke bawah (termasuk warga emas)
Jadual Dan Tarikh Peringkat Pembayaran Ansuran BR1M 2017
Jumlah Tarikh Kredit Peringkat
RM400 Bulan Februari Fasa 1
RM400 Bulan Jun Fasa 2
RM400 Bulan Ogos Fasa 3

Kategori Isi Rumah (2)

Jumlah BR1M RM900
Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah
3,001 hingga 4,000 (termasuk warga emas)
Jadual Dan Tarikh Peringkat Pembayaran Ansuran BR1M 2017
Jumlah Tarikh Kredit Peringkat
RM300 Bulan Februari Fasa 1
RM300 Bulan Jun Fasa 2
RM300 Bulan Ogos Fasa 3

Kategori Individu Bujang 21 Tahun Ke Atas

Jumlah BR1M RM450
Pendapatan Kasar Bulanan
RM2,000 dan ke bawah
Cara Pembayaran Diterima
Jumlah Tarikh Kredit Peringkat
RM450 Bulan Februari Fasa 1 (Sekali gus)

Tarikh yang tepat pengkreditan duit BR1M kepada penerima akan dimaklumkan oleh kerajaan menerusi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), dihebahkan melalui Facebook Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDNM Pemohon disarankan melayari Portal Rasmi e-BR1M https://ebr1m.hasil.gov.my kerana sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan dalam Portal rasmi tersebut.

Jadual pembayaran duit Brim 2017

Duit BR1M 2017 Masuk Dalam Akaun Penerima
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat mulai tarikh yang dinyatakan menerusi akaun bank penerima berdasarkan maklumat nombor akaun simpanan diberikan oleh penerima semasa melengkapkan maklumat permohonan baru atau kemaskini
Kecepatan pengkreditan duit BR1M ke dalam akaun simpanan turut bergantung kepada sistem bank penerima
Duit BR1M 2017 Dalam Bentuk Baucar
Sebahagian kecil penerima yang belum memiliki akaun bank atau tidak memberikan maklumat nombor akaun simpanan semasa membuat / mengemaskini permohonan akan menerima BR1M dalam bentuk baucar yang akan dipos terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) atau senarai bank lain yang terlibat dengan pembayaran BR1M
Pembayaran BR1M dalam bentuk baucar turut dibuat secara berperingkat-peringkat dan penerima baucar berkemungkinan akan lewat dapat berbanding penerima yang memilih pembayaran BR1M disalurkan melalui akaun simpanan bank
Cara Buat Semakan Status Permohonan / Kemaskini
Untuk mengetahui Permohonan atau Kemaskini diluluskan atau tidak, pemohon dan penerima boleh membuat semakan melalui kaedah berikut:
KLIK  Semakan Keputusan Status Kelulusan Permohonan / Kemaskini BR1M 2017 Secara Online
Hubungi Talian Bantuan
Menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun emel ke br1m@treasury.gov.my
Keputusan permohonan pemohon juga akan dimaklumkan melalui surat jawapan yang akan dihantar ke alamat kediaman seperti terdapat dalam rekod

Komen anda?

Komen

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.