Pencuri minyak petrol di Petronas Tupai Taiping

0 9

Pencuri minyak petrol di Petronas Tupai,isi minyak dan larikan diri

Pagi-pagi ini benar-benar menguji kesabaran kami sebagai seorang cashier di stesen Petronas Tupai, Taiping.Wanita yang memandu kereta Hyundai Elantra berwarna putih dengan nombor pendaftaran yang hanya nampak AJF isi minyak petrol penuh dan  terus melarikan diri. Nombor pendaftaran memang tak nampak disebabkan  kamera litar tertutup stesen itu tidak jelas.

Sebelum itu, kami suruh dia membuat pembayaran deposit terlebih dahulu. Malangnya kami dimarah dan dimaki  olehnya.  Bila dah lari dan terjadi seperti ini, siapa yang mahu menanggung minyak yang telah dipam tadi? Kalau RM10 tak apa, tetapi ini sudah mencecah RM100.

Sudahlah gaji kami tak banyak, kena tanggung pula kerugian seperti ini. Wanita itu memang tiada keperimanusiaan langsung. Pandu kereta Hyundai, berlagak macam orang kaya tetapi tak sengkek!

Inilah risiko kerja seorang cashier. Minta tolonglah  viralkan kes ini dan harap sangat dia ternampak post ini dan minta tolong bayar balik.

Diambil dari kiriman pengadu dan ditulis semula untuk artikel di hiburan.my

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.