Pengakuan:Isteri terlanjur dengan orang ketiga

0 27

 

Isteri terlanjur

Dunia akhir zaman dan  sekarang sudah semakin ‘dahsyat’ sampai kecurangan antara suami dan isteri pun boleh dimuatnaik ke dalam laman sosial.  Video  isteri terlanjur berkenaan yang bertajuk ‘Ana Tenang Mengaku Terlanjur Dengan Remy’ itu semakin viral dan dikongsikan secara meluas di laman Facebook dan youtube dimana ia mungkin tidak sesuai untuk ditonton mereka yang di bawah umur kerana penggunaan ayat dan perkataan  yang agak ‘terus’ tanpa berselindung. Melalui video yang diviralkan itu, suami wanita yang berbaju hitam kebungaan itu yang menamakan dirinya “ayah” bertanya kepada isterinya itu adakah dia menyayangi lelaki yang juga orang ketiga iaitu Remy, dan wanita itu menjawab kerana sudah terlanjur.

“Sebab mak dah terlanjur dah tak boleh balik dengan ayah, terpaksa jugaklah sayang,” kata wanita itu tenang.

Agak berani wanita yang bernama  Ana itu menjawab terpaksa sayangkan orang ketiga dek kerana sudah terlanjur akibat melakukkan hubungan kelamin dengan Remy.   Padahal kalau masih sayangkan suami, pastinya si Ana itu akan insaf dan segera memohon maaf serta merayu keada si suami supaya menerima dirinya kembali.

Nama orang ketiga, Remy pula yang dilihat begitu selamba dan berlagak menjawab bahawa dia pula sukakan Ana tanpa ada rasa bersalah. Ramai juga netizen rasa bahawa  suami wanita itu tidak sepatutnya memuatnaik video berkenaan kerana ia hanya akan membuka aib keluarga mereka dan mungkin sebagai pengajaran kepada wanita dan lelaki berkenaan.

Isteri terlanjur

Namun, maklumat terbaru yang baru sahaja diterima kami mengatakan si suami kepada wanita curang terbabit itu juga sebenarnya hanya dua kali lima sahaja.   Dikatakan lelaki terbabit mempunyai seorang lagi ‘kekasih gelap’ yang mana si isterinya telah lama mengetahui hal sebenar yang diselindung oleh suaminya.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.