Permohonan Online IPG 2017 calon guru PISMP lulusan SPM

0 10

Permohonan Online IPG 2017 calon guru PISMP lulusan SPM .Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka  permohonan secara online  dan  mempelawa calon yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Calon yang mempunyai minat dan beriltizam, komited serta dedikasi dalam profesion perguruan adalah digalakkan memohon Bagaimanapun calon perlu memenuhi serta menepati kriteria syarat dan kelayakan asas sepertimana yang telah ditetapkan. Permohonan Online IPG 2017 calon guru PISMP lulusan SPM.Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) ambilan tahun 2017 boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem Aplikasi Permohonan Program Perguruan Kementerian Pendidikan Malaysia yang akan dibuka kepada capaian pemohon.

Permohonan Online IPG 2017 calon guru PISMP lulusan SPM

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di di Institut Pendidikan Guru (IPG) lulusan SPM

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) ambilan tahun 2017 boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem Aplikasi Permohonan Program Perguruan Kementerian Pendidikan Malaysia yang akan dibuka kepada capaian pemohon

Keterangan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dan Syarat Kelayakan
Nama Program
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah
Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan atau 2 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM
Pemohon yang lulus PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun atau 8 semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa
Syarat Dan Kelayakan Asas
Butiran
Warganegara Malaysia
Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2017 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1997
Sihat tubuh badan
Aktif dalam kegiatan kokurikulum
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang (Gred cemerlang merangkumi gred A+, A dan A-) dalam mana-mana 5 mata pelajaran (syarat minimum)
Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut, iaitu:
1. Bahasa Melayu
2. Sejarah
Lulus Bahasa Inggeris
Memenuhi syarat bidang pengkhususan.KLIK DISINI→→ Senarai Lengkap Bidang Pengkhususan
Maklumat lengkap sila rujuk kepada Lampiran Iklan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) melalui pautan yang ada dalam ruangan berikutnya
Maklumat Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Institut Pendidikan Guru (IPG) 2017
Cara Mengemukakan Permohonan PISMP Di IPG 2017
Butiran
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Aplikasi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2017
Untuk mengakses sepenuhnya sistem Borang Online Permohonan PISMP, pemohon baharu perlu mendaftar pertama kali sebagai pengguna sistem berkenaan (tidak perlu sebarang pembelian no pin atau no unik ID)
Pemohon dinasihatkan meluangkan masa membaca info dan maklumat penting yang disediakan melalui ruangan Menu yang terdapat dalam Laman Aplikasi Permohonan Perguruan supaya proses untuk membuat permohonan dapat berjalan dengan lancar dan sempurna
Pemohon yang telah mengesahkan permohonan perlu mencetak dan simpan no rujukan pengesahan permohonan dan butiran tarikh, masa pengesahan serta mengingati kata laluan kerana calon perlu log masuk semula sistem berkenaan untuk membuat semakan keputusan berkaitan pada tarikh yang ditetapkan
Permohonan Dibuka Permohonan Ditutup
Bulan Mac 2017
Kebiasaannya Permohonan IPG akan dibuka pada minggu kedua bulan Mac (tarikh yang tepat (rasmi) akan dikemaskini kemudian)
Pemohon dinasihatkan hanya mendapatkan maklumat lanjut di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Pautan (Link) Laman Sistem Aplikasi Permohonan PISMP 2017
Sistem Aplikasi Permohonan IPG 2017 Online
SILA KLIK DISINI-→→Sistem Aplikasi Permohonan Program Perguruan – PISMP 2017
Permohonan untuk pengambilan tahun 2017 belum dibuka. Bagaimanapun pemohon boleh mendapatkan maklumat berkaitan di dalam laman sistem aplikasi tersebut
Maklumat Lengkap
Pautan Info
KLIK DISINI—–>Lampiran Iklan Permohonan Calon Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ambilan Tahun 2017
Link  akan disertakan sebaik sahaja sistem aplikasi permohonan PISMP tahun 2017 diaktifkan
Lain-Lain
Info
Untuk makluman, maktab-maktab perguruan telah dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG)
IPG dikawal selia secara langsung oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Perubahan daripada maktab perguruan kepada IPG bukanlah dari segi nama sahaja tetapi pengisiannya bagi melahirkan guru cemerlang dan seterusnya pelajar cemerlang
Calon guru mesti mempunyai personaliti dan keyakinan diri yang baik serta ada rasa tanggungjawab dalam memenuhi aspirasi kerajaan dan rakyat
Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Pautan
http://moe.gov.my

Komen anda?

Komen

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.