Pesawat tentera Airbus A400M terhempas,empat jadi mangsa korban

0 5

SEVILLE:    Empat terkorban apabila pesawat pengangkut tentera terhempas ketika menjalani ujian penerbangan di selatan bandar ini pada Sabtu.

Pesawat tentera Airbus A400M terhempas,empat jadi mangsa korban

Pesawat tentera Airbus A400M itu sepatutnya diserahkan kepada pelanggan Pakta Pertahanan Atlantik Utara (Nato) di Turki dan melalui penerbangan sulungnya ketika kejadian itu berlaku.   Menurut rekod, ia adalah kejadian pertama seumpamanya membabitkan pesawat A400M.

Airbus memaklumkan, empat kakitangan warga Sepanyol terkorban, manakala dua lagi mengalami kecederaan serius dan kini menjalani rawatan.   Menurut akhbar El Pais, kru pesawat itu mengesan kerosakan dan meminta kebenaran utnuk mendarat, bagaimanapun pesawat berkenaan terlanggar kabel elektrik menyebabkan ia terhempas.

Sementara itu, Lapangan Terbang San Pablo Seville, Sepanyol yang kebiasaannya sibuk telah ditutup operasinya pada Sabtu selepas nahas berkenaan, kata pihak berkuasa lapangan terbang (AENA).   “Lapangan Terbang Seville ditutup kepada lalu lintas. Anggota bomba berada di tempat kejadian kemalangan di luar kawasan,” kata AENA.

Perdana Menteri, Mariano Rajoy ketika bercakap kepada pemberita di lokasi nahas meminta supaya ketelusan maksimum di pihak Airbus sepanjang proses siasatan dijalankan.   “Kejadian seperti ini bukan sesuatu yang baik untuk industri penerbangan, mungkin ia berpunca daripada keadaan sekeliling atau kesalahan yang dilakukan,” katanya.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.