Pewarna kuku Halal mencetuskan perbualan hangat ramai remaja wanita islam di Malaysia

0 37

 

Pewarna kuku halal

Menurut islam,penggunaan pewarna kuku yang kalis air boleh menyebabkan seseorang batal wudhu’dan tidak dapat mengerjakan solat.Terbaru penciptaan produk pewarna kuku Halal telah di perkenalkan dan mendapat banyak reaksi positif dari wanita islam di seluruh dunia.Di Malaysia tidak terkecuali terkena tempias dan akhirnya produk pewarna kuku yang telah dirumus khas halal utk wanita islam telah di perkenalkan.Pewarna kuku yang telah diyakini halal menjadi trending di facebook dan instagram

Ramai  remaja wanita melayu menyebarkan berita tentang bagaimana penciptaan produk halal ini mematuhi piawaian Islam. Pewarna kuku ini dihasilkan oleh sebuah syarikat Kanada di bawah nama ‘Tuesday  In Love’, tetapi dipasarkan di bawah jenama Inai moden di Malaysia.

inai moden halal

Pengilat kuku ini dihasilkan melalui pemprosesan bahan-bahan semulajadi dan menggunakan teknologi mikro-liang revolusi yang membolehkan molekul air untuk menembusinya .Inai Moden ini tidak berbau dan boleh dibersihkan selepas digunakan

Anda boleh menonton video dibawah mengenai percubaan yang dibuat untuk melihat sama ada air dapat menembusinya dan review tentang produk ini.

 

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.