Punca Al-Arqam Sesat

0

Punca Al-Arqam Sesat

Punca Al-Arqam Sesat

| Saya pernah bertanya kepada salah seorang majikan saya yang di suatu ketika merupakan seorang yang sangat penting di dalam Al-Arqam, apakah pada pandangan Ustaz tentang punca Al-Arqam sesat?

Mungkin soalan ini jika ditanya pada masa yang lain akan menghasilkan jawapan yang lain. Tetapi pada ketika itu beliau menjawab, punca kesesatan al-Arqam ialah SIBUK!

Kerja dakwah yang sepenuh hati, sangat fokus, berdedikasi, akhirnya menyebabkan manusia tidak sempat bermuhasabah dan melihat di mana dia berada. Sedar-sedar, sudah terlalu jauh tersasarnya kita daripada tujuan asal.

Ketika bisnes sedang rancak, dakwah sedang gigih, sambutan sedang meluap-luap, kita mungkin sudah berdiri di gigi mulut Neraka! Ya Allah, itulah berulang kali kita dipesan dengan TAQWA, agar sentiasa sedar di mana kita pada satu-satu masa.

Semasa Ramadan lalu, itulah salah satu yang saya minta daripada Allah, agar saya diselamatkan daripada kesibukan yang keterlaluan. Terasa banyak yang tidak kena dalam hidup, tapi terlalu sukar untuk memikirkannya kerana sibuk yang bersangatan.

Syukur, hampir sebulan di Turki baru-baru ini, banyak memberi ruang kepada saya untuk kembali berfikir dan bermuhasabah.

Para agamawan, asatizah, ilmuwan, ketika menjadi majikan, menjadi pekerja, menjadi pendakwah dan menjadi peniaga, di mana sebenarnya kita semasa ini?

Dunia penuh penipuan. Jangan bermain-main dengan dunia. Ia kekal jambatan ke Akhirat. Namun, satu simpang menuju ke Syurga. Satu lagi menghumban diri ke Neraka.

Sumber : Hasrizal Abdul Jamil

Punca Al-Arqam Sesat

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More