Saya bukannya di Queen Control oleh isteri saya..

0 12

 

Saya bukannya di Queen Control oleh isteri saya..

 

Luahan hati ini dikongsi oleh Faizal Azmi yang menceritakan kisah dimana dia ditegur oleh opahnya ketika di Kampung kerana dia sibuk menguruskan hal-hal rumah tangga yang sepatutnya dilakukan isteri.Luahan ini ditulis semula untuk siaran di HIBURAN.MY

Opah saya di kampung pernah menegur saya apabila melihat saya selalu menguruskan anak-anak saya seperti buatkan susu mereka, mandikan mereka, basuhkan berak kencing mereka, tukarkan lampin dan pakaian mereka. Gosok baju saya sendiri pun dia tegur.  Katanya sepatutnya tugas-anak sebegitu biar isteri yang buat. “Kan isteri ada, kamu suruh je lah dia”. Tambahnya lagi “dia tak pernah pun tegok abah saya buat semua tu dulu, semua emak saya yang uruskan.”

Jadi baru saya faham persepsi suami macam saya dipandang negatif oleh orang-anak tua yang beranggapan saya dihambakan oleh isteri. Macam kena Queen Kontrol.  Bagi saya, ianyanya dilakukan dengan seikhlas hati. Mereka anak-anak saya. Saya nak mereka terus rapat dengan saya. Selain itu kehidupan zaman dahulu tak sama macam sekarang. Dulu isteri hanya duduk di rumah sahaja.  Sekarang isteri juga terpaksa bekerja membantu suami. Adalah tidak adil bila balik ke rumah hanya isteri sahaja yang menguruskan rumah tangga sedangkan suami hanya goyang kaki duduk melepak. Padahal kedua-duanya penat baru balik bekerja kan.

Saya buat semua itu kerana saya memang suka buat. Harap mereka faham. Saya bukannya di Queen Control oleh isteri saya.. mohon jangan salah faham yer. Wasalam.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.