Raja bomoh didakwa mendera seorang amah terima jahitan 30cm

0 3

raja bomoh dera amah

 

Ibrahim Mat Zain atau lebih terkenal dengan panggilan Raja Bomoh 1Malaysia telah di dakwa oleh seorang amah dibelasah dan dipukul olehnya,.Amah tersebut, Menik Fitriyanti, 47, berkata dia terpaksa menerima jahitan sepanjang 30 sentimeter selain daya ingatannya terjejas.

Kes penderaan Menik ini mendapat perhataian pihak berkuasa indonesia dan mendapat liputan meluas di akhbar dan media indonesia.

Boleh lihat video di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=4nCMz4KwbO8

Memetik laporan dari Free Malaysia Today, Menik bertindak melarikan diri dan pulang ke Indonesia pada 4 November lalu setelah tidak tahan di dera oleh Mat Zin sejak setahun lalu.Menurut anak perempuan Menik, Alfa Nurismayanti, ibunya sering kali dipukul oleh Mat Zain sehingga mengalami kecederaan teruk di kepala.Menurut Alfa lagi, ibunya pernah memberitahu bahawa di tidak mahu bekerja di Malaysia dan ingin pulang ke Indonesia namun dihalang oleh majikannya.

Pada jam tiga petang hari berkenaan, tanpa disedari, ibu pulang secara tiba-tiba dan berada di tanah perkuburan ayah, di belakang rumah kami.

Namun begitu, ibu tidak mahu bercakap dan sehingga hari ini, kami sekeluarga tidak mengetahui bagaimana dia boleh pulang ke rumah,” katanya.

Alfa juga turut memberitahu bahawa terdapat kesan luka di beberapa bahagian badan seperti leher,perut dan kakinya. Ibunya kini dalam keadaan trauma setelah di pukul oleh bomoh 1malaysia tersebut..Alfa juga memberitahu  oleh kerana ibunya berkerja tanpa permit yang sah dia tidak dapat memohon bantuan dari pihak berkuasa dan yang penting sekali hanya dapat sembuhkan kecedearaan yang di alaminya.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.