RM15135 caj Celcom yang tidak masuk akal

0

Caj Celcom

RM15135 caj Celcom yang tidak masuk akal

Kegembiraan bercuti bertukar menjadi geram apabila seorang pelakon terkejut menerima bil telefon bimbit sebanyak RM15,135 dari Celcom ketika menggunakan perkhidmatan telko itu di London dan Paris.  Wan Raja, 39, mendakwa pihak Celcom telah menganiayanya kerana caj yang dikenakan terhadapnya itu tidak seperti yang dinyatakan dalam pakej yang ditawarkan oleh Celcom ketika berada di luar negara selama 10 hari, November 2015.

“Saya terkejut apabila Celcom menghubungi saya memberitahu bil telefon tertunggak berjumlah RM15,135 kerana menggunakan perkhidmatan mereka ketika berada di luar negara.

“Saya rasa tertipu kerana Celcom pada awalnya menghantar tawaran data plan hanya RM38 sehari dan saya hanya menggunakan selama 4 hari sahaja. Tetapi tidak menyangka akan dikenakan caj sebanyak itu,” katanya.

HADIAH TAHUN BARU DARI CELCOM!Terbaca status seseorang yg dicekik dengan harga Rm12k angkara ke Thailand baru-baru ni.Hari ni giliran saya.Tergoda dengan tawaran CELCOM Rm38 sehari untuk data plan di luar negara,ketika di London saya terjebak dengan plan ini.Saya MENGIKUT SETIAP ARAHAN SMS MEREKA KETIKA DI UK, GUNAKAN VODAPHONE DAN KETIKA DI PARIS GUNAKAN LINE SFR tanpa ragu-ragu dan tanpa kesilapan.Pada HARI KEEMPAT line saya di potong (barred).Saya tidak kisah sangat ingatkan bill saya mencecah Rm150.Memang itu pun limitnya.Alangkah terkejut dan sakit hatinya bila dapat bill yg berjumlah Rm15k.Bila saya ke pejabat CELCOM untuk bertanya,saya dituduh tersalah mengambil carrier di Paris dengan menunjukkan yang saya memakai line ORANGE disana.SAYA BELUM BUTA HURUF LAGI! Dan jumlah itu tidak boleh dikurangkan walaupun sesen.Sekarang saya dah tukar nombor,kepada yang mengenali tolong PM untuk nombor terbaru saya,tq.THANK YOU CELCOM FOR THIS NEW YEAR GIFT.

Menurut Wan Raja, dia telah bertemu dengan bahagian perkhidmatan pelanggan Celcom bagi meminta penjelasan dan diskaun, namun gagal. Sebaliknya Celcom mendakwa ia berpunca dari kesilapan Wan Raja sendiri yang tersilap memilih perkhidmatan telekomunikasi di negara yang dikunjunginya itu.  “Saya telah berjumpa dengan pihak Celcom untuk meminta penjelasan terperinci, namun Celcom tetap bertegas meminta saya membayar RM15,135.

“Celcom juga berkata jumlah RM15,135 itu telah diberikan diskaun daripada jumlah sebenarnya adalah RM92,000! Ini tidak masuk akal kerana saya hanya menggunakan data plan untuk memuat naik gambar di Instagram dan aplikasi Waze sepanjang 4 hari itu.

“Jika kredit saya sudah mencapai hadnya, Celcom sepatutnya menyekat akaun saya dari membiarkan ia mencecah puluhan ringgit,” katanya. Masalah itu menjadi semakin rumit apabila nombor telefon itu didaftarkan di atas nama ibunya yang berada di Pulau Pinang. “Saya terpaksa pulang ke Pulau Pinang untuk menjelaskan perkara ini kepada ibu agar dia tidak terkejut menerima bil tersebut.

Wan Raja kini masih mencari jalan penyelesaian dan akan mengambil tindakan undang-undang jika terbukti Celcom sengaja menganiayanya.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More