Rosmah Mansur nafi ada dakwaan menyikirkan zeti

0 6

Rosmah Mansur nafi ada dakwaan menyikirkan zeti

 

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menafikan dakwaan dalam portal The Asia Sentinel bahawa beliau berusaha untuk menyingkirkan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dari jawatan gabenor Bank Negara.  “Sindiran dan tuduhan itu dibuat dengan niat untuk menjejaskan reputasi Datin Seri Rosmah Mansor dalam kapasiti beliau sebagai isteri perdana menteri.

“Kata-kata yang digunakan oleh En (John) Bethelesen (penulis artikel tersebut) bersifat berseteru dan ‘fakta’ yang tidak bermaklumat itu diolah untuk menggambarkan dan mencipta persepsi negatif ke atas Datin Seri Rosmah Mansor memandangkan tulisan itu berada di ruang awam,” kenyataan Rosmah dipetik.

Kenyataan itu dihantar melalui firma guamannya, Tetuan Noorhajran Mohd Noor.  Tulisan di portal The Asia Sentiel itu diterbitkan hari ini dengan tajuk ‘Malaysian PM’s wife seeks Central Bank governor’s ouster’.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.