Rozana dakwa sijil nikah bersama Awie palsu

0

dipercayai palsu.Rozana, 36, hadir bersama peguam syarie, Nor Azmi Mohd Arif terlebih dahulu hadir ke Bahagian Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) pada 3 petang untuk membuat aduan sebelum diminta membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.Nor Azmi berkata, dia bersama anak guamnya hadir untuk membuat aduan dan semakan mengenai pengesahan sijil perakuan nikah antara Rozana dan Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 46, yang dipercayai palsu.

Jelasnya, pihaknya tampil ke Bahagian Penguatkuasa JHEAIPP untuk membuat aduan dan semakan selepas sijil perakuan nikah yang dikeluarkan Pejabat Agama Daerah Bukit Mertajam sebelum ini didapati tidak didaftarkan.Menurutnya, pihaknya menerima surat daripada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam JHEAIPP pada 4 Julai lalu mengesahkan surat perakuan nikah anak guamnya tidak didaftarkan.Sebagai rekod Awie telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai lalu atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun di kediaman mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun lalu.

Rozana dakwa sijil nikah bersama Awie palsu-hibura.my-550x304

Awie bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.Awie dan Rozana bernikah di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.Menerusi perkahwinan terdahulu, Awie bersama penyanyi Arni Nazira, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12, yang kini tinggal bersama Awie.

 

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More