Syarat dan cara memohon Rumah Bina Negara (RBN) RISDA

0 450

Syarat dan cara memohon Rumah Bina Negara (RBN) RISDA.Melalui suatu inisiatif kerajaan yang digerakkan oleh RISDA untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan membeli dan memiliki rumah sendiri.satu inisiatif Transformasi Luar Bandar di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah mewujudkan perumahan generasi kedua luar bandar dikenali sebagai Rumah Bina Negara (BN) RISDA.Disini kami ingin kongsikan syarat dan cara-cara memohon Rumah Bina Negara (RBN) RISDA

Rumah Bina Negara (RBN) RISDA

Apakah yang dimaksudkan dengan Rumah Bina Negara (RBN) RISDA?

Rumah Bina Negara dibina dia atas tanah untuk generasi ke-2 luar bandar yang tidak mampu dan memiliki kediaman sendiri. Harga RBN yang diberi dan ditawarkan  adalah RM45,000.00 dimana harga asalnya adalah RM65,000.00 tetapi kerajaan telah memberi subsidi sebanyak RM 20,000.00 menyebabkan harganya lebih murah dan mampu milik untuk generasi ke-2 pekebun kecil RISDA.

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Bina Negara (RBN) RISDA

  • Mempunyai kewarganegaraan Malaysia
  • Berusia dari  18 hingga 45 tahun
  • Sudah berumah tangga
  • Merupakan generasi kedua pekebun kecil RISDA
  • Bermastautin dan tinggal di kampung
  • Masih belum dan tidak memiliki rumah sendiri
  • Memiliki tanah bersesuaian untuk dibangunkan
  • Berminat untuk memiliki rumah mampu milik di kawasan luar bandar
  • Mampu untuk menanggung kos pembinaan tapak

Rumah Bina Negara (RBN) RISDA

Info dan spesifikasi Rumah Bina Negara (RBN) RISDA

  • Termasuk dalam skim Rumah Bina Negara
  • Kerajaan menawarkan subsidi sebanyak RM20,000.00 dimana harga rumah sebenar adalah RM60,000.00
  • Saiz keluasan rumah adalah 700 kaki persegi dan mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air yang mempunyai ansuran bulanan mampu milik serendah RM250.00
  • Dinding dalam dan luar bercar serta bertingkap
  • Berbumbung metal deck dan bersiling serta mempunyai spesifikasi asas seperti air,elektrik,longkang dan paip kumbahan.
Cara memohon Rumah Bina Negara (RBN) RISDA

Mereka yang memenuhi syarat di atas dan berminat boleh berbuat demikian dengan memuat turun borang permohonan di web RISDA di pautan Download Borang permohonan disini.Antara borang permohonan laian yang perlu di isi adalah :

Antara senarai semak yang perlu diambil perhatian sebelum menghantar ke pejabat RISDA :

  • Borang Rumah BN1 yang telah diisi dengan lengkap
  • Salinan Fotostat Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Fotostat Kad Pengenalan (Pasangan)
  • Salinan Sijil Perkahwinan/ Penceraian/ Kematian (Suami Isteri)
  • Salinan Slip Gaji/ Surat Pengesahan Pendapatan
  • Sijil Carian Rasmi/ Cabutan Hakmilik Dari Pejabat Tanah Yang terkini (Salinan Asal)
  • Surat Akujanji Pemohonan atau Surat Tidak Memiliki Rumah/ Mempunyai Rumah Yang Usang/ Tidak Sempurna Yang Disahkan Oleh Pemimpin Tempatan

Atau boleh dapatkan semua borang tersebut di mana-mana cawangan RISDA yang terdekat atau pejabat Parlimen dan DUN masing-masing di tempat anda.

Sebarang masalah pertanyaan boleh diajukan pada :

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Bangunan RISDA, KM 7, Jalan Ampang
Karung Berkunci 11067, 50990 Kuala Lumpur

Tel : 03-42564022
Fax : 03-42576726
Email : webmaster@risda.gov.my

Kepada yang berkelayakan dan berkemampuan ,semoga anda berjaya dalam permohonan untuk memiliki rumah sendiri melalui Rumah Bina Negara (RBN) RISDA dengan inisiatif kerajaaan ini

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.