Sammy Simorangkir Berpisah Dengan Personaliti TV3 Kerana Perbezaan Agama

0

Sammy kerispatih @128.199.196.51Sammy mahu memberikan tumpuan kepada kerjaya selepas ini.

BEKAS vokalis kumpulan Kerispatih iaitu Sammy Simorangkir yang sebelum ini mengakui sedang bercinta dengan seorang personaliti TV3 iaitu Nadia Annuar mendedahkan hubungan tersebut telah pun berakhir.Menurut laporan Kapan Lagi, keputusan itu diambil kerana tidak lagi mempunyai persefahaman selain perbezaan agama di antara mereka.”Kami kini hanya kawan biasa sahaja dan tidak lagi mempunyai hubungan cinta kerana perbezaan agama,” katanya kepada media Indonesia ketika ditemui Jumaat lalu.

Sammy menjelaskan buat masa ini dia ingin memberikan tumpuan kepada kariernya dan enggan meletakkan sebarang harapan terhadap hubungan cinta.

Nadia tv3 @128.199.196.51

“Saya bakal muncul dengan album terbaharu dan itu menjadi fokus saya dan bukannya soal cinta,” katanya.Ditanya mengenai calon isteri yang sesuai, Sammy berkata, dia ingin mencari wanita yang seagama dengannya kerana lebih mudah.”Saya belajar daripada pengalaman lalu dan sebolehnya biarlah calon isteri saya nanti yang seagama dengan saya,” katanya.

Sumber dipetik dari mstar.com.my

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More