Saya percaya rakyat akan membuktikan Tun silap pada pilihan raya akan datang-Najib

0 7

Saya percaya rakyat akan membuktikan Tun silap pada pilihan raya akan datang-Najib

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bersetuju dengan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Barisan Nasional (BN) akan kalah pada pilihan raya umum akan datang.  Najib berkata beliau hairan bagaimana seseorang individu boleh mempunyai hak untuk bercakap bagi mewakili keseluruhan pengundi.  Najib yang juga Pengerusi BN dan Presiden UMNO, menegaskan bahawa pembangkang berada dalam keadaan kelam-kabut, dan berikutan perpecahan ideologi asas pakatan pembangkang, negara akan lumpuh jika mereka mengambil alih pemerintahan negara.
Jika kita dalam BN terus bersatu dan membuktikan kemampuan kita dalam tahun-tahun akan datang, saya percaya rakyat akan membuktikan Tun silap pada pilihan raya akan datang – sebaik sahaja dibuktikan bahawa dakwaan beliau itu silap dan bermotifkan kepentingan peribadi, bukan kepentingan negara,” katanya menerusi blognya, najibrazak.com.

Menurut Najib, adalah dikesali bahawa Dr Mahathir terus menentang kepimpinan partinya sendiri.  “Kecaman-kecaman secara terbuka ini hanya akan merosakkan UMNO, kerajaan dan akhirnya, Malaysia. Tingkah laku yang tidak wajar ini merupakan episod malang bagi legasi beliau,” kata Najib.   Najib berkata apa yang mendorong bekas perdana menteri itu membuat kecaman ke atas beliau yang masih sebagai perdana menteri ialah “beliau mahu saya meletak jawatan… kerana saya enggan melaksanakan tuntutan peribadi beliau”.

“Saya enggan kerana adalah menjadi tugas saya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang dipilih secara demokratik untuk memimpin negara ini dan melakukan apa yang saya percaya adalah betul untuk seluruh negara, bukan untuk seseorang.
“Saya tidak percaya rakyat mahukan seorang bekas perdana menteri untuk memerintah secara proksi,” kata beliau.
Mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Najib berkata tindakan Dr Mahathir mengubah angka dan hujah telah menimbulkan keraguan yang serius mengenai dakwaan beliau terhadap syarikat tersebut.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.