Sayur-sayuran: Antara mahu dan benci?

0 29

Sayur-Sayuran tentu merupakan makanan yang paling tidak disukai oleh orang dewasa ataupun  kanak-kanak.Namun begitu,sayur- sayuran merupakan makanan paling baik untuk kesihatan tubuh tidak kira la siapa anda.Anda mesti rugi kalu tidak mencuba!

Disini hiburan.my menyediakan beberapa info penting mngenai sayur-sayuran,mungkin dengan artikel ini selepas ini anda tahu caranya memujuk diri anda untuk makan sayur.

  • Sebulat-bulat sayur-sayuran kubis

Sayur-sayuran Kubis

Tahukah anda,dengan mengambil sayur kubis seminggu sekali anda dapat mengurangkan risiko anda mendapat barah sebanyak 66 peratus?Mungkin sukar untuk anda mempercayai,apatah lagi sayur-sayuran seperti kubis ini tidak la seenak salad.Kenyataan ini telah dibukti oleh pakar perubatan Jepun.Mereka mendapati  bahan anti kanser dalam kubis melebihi sayur-sayuran lain.Kubis yang dimakan jugak banyak manfaat lain.Ia dapat mencegah ulser perut ,menambah sitem imunisasi dan mengandungi bahan anti bakteria.Kubis elok diratah sebagai ulam selain dimasak.Kubis juga boleh dibuat jus dimana amalan 1/2 gelas jus kubis segar dapat membantu gejala sembelit.

  • Sehijau warna daun parsli/daun ketumbar

Sayur-sayuran parsli

Daun parsli datangnya dari keluarga “umbellifare”dan amat kaya dengan vitamin B,C, dan E.Selain itu,ia mengandungi kalsium magnesium serta klorofil.Pelik bunyinya,namun jus daun parsli diperlukan oleh pesakit hipotensi iatu sejenis penyakit tekanan darah rendahyang berpunca dari anemia.Lebih baik lagi,mengamalkan daun parsli dapatmengurangkan masalah kekurangan saraf akibat diabetes mengatasi paras gula rendah dalam darah,tiroid tidak aktif serta kekurangan zat makanan.Bagi yang mengadu sengal-sengal tulang tu,tak perlulah tunggu lagi.Segera minum jus parsli!Ibu-ibu yang baru melahirkan anak,elok lah mengamalkan daun hijau ini kerana ia menguatkan semula otot-otot selepas bersalin.Dah lama tidak ke tandas?Daun ini turut menbantu dalam masalah pencernaan

  • Pilihan Popeye sayur-sayuran Bayam

Sayur-sayuran Bayam

 Kebenarannya sayur-sayuran bayam adalah kaya dengan pelbagai zat besi seperti kalsium.potasium,magnesium,mangan dan zink turut terdapat dalam sayur ini.Nama saintifik untuk bayam adalah ‘spinacia oleracea’ dan ia amat baik bagi anda yang mengalami masalah anemia.selain itu bayam mengandungi sumber lutein yang baik untuk kesihatan mata.Kandungan ‘folate’ didalamnya pula baik untuk kesihatan bayi dalam kandungan.Bayam enak dibuat sup atau ditambah dalam hidangan pasta anda.Jangan masak terlalu lama kerana ia mampu menghakis zatnya

  • Daun seleri enak dimasak sup!

Sayur-sayuran Seleri

Mereneh sup yang ditambah dengan daun seleri akan memberi rasa yang enak pada masakan anda.Baunya juga harum.Namum pernahkah anda tahu apa kebaikan seleri untuk tubuh anda?Tumbuhan berbatang lembut ini kaya dengan zat besi,kalsium,fosforus,sodium,potasium,karoten,vitamin A,B kompleks dan C serta magnesium.Daun seleri banyak diamalkan oleh akum china untuk merawat tekanan darah tinggi.Setiap bulan anda berguling-guling akibat senggugut wahai hawa?Atasi masalah ini dengan mengambil daun seleri.Selain masalah senggugut dan putaran haid,ia turut membantu mengurangkan masalah keputihan.Kandungan garam galian yang terdapat dalam daun seleri dapat menghapuskan pengumpulan asid berlebihan dalam darah dan ia membuatkan kulit bersih dan amat berkesan untuk mengatasi masalah alahan termasuk alahan pada kucing!

Disini hiburan.my mnyenaraikan sayur-sayuraran yang amat popular di sekeliling kita.Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua!

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.