Seorang wanita melalui facebook menyuarakan perasaan tidak puas hati apabila uptown Shah Alam diserbu

0 8

 

Seorang wanita melalui facebook menyuarakan perasaan tidak puas hati  apabila uptown Shah Alam diserbu

Seorang wanita meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap tindakan pihak berkuasa menyerbu premis Uptown Shah Alam yang menjadi viral di laman media sosial.   Rabiatul Adawiyah, pengguna Facebook menyuarakan perasaan itu dengan tindakan angota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) terhadap operasi yang dijalankan di premis perniagaan Uptown Shah Alam yang bertempat di Seksyen 24, Shah Alam pada Isnin lalu.  Beliau juga turut mendakwa yang tindakan penguatkuasa menyerbu premis tersebut adalah atas sebab para peniaga di situ menjual barangan tiruan dan tidak berdaftar dengan cukai GST.
“Uptown Shah Alam ditutup hari ini. Di serbu KPDNKK. Alasan, kerana jual barang tiruan dan tiada GST.
“Mahu barangan tulen, beli dibutik. Di sini tempat orang yang ingin bergaya membeli barangan yang seakan tulen,” tulisnya.

Status yang dimuat naik mendapat perhatian warga media sosial yang beranggapan bahawa beliau adalah salah seorang peniaga di situ.
Namun, beliau kemudiannya mengeluarkan kenyataan lanjut terhadap luahan itu.

“Saya bukan peniaga di Uptown Shah Alam, bukan juga pengusaha kedai di situ. Saya hanya pembeli yang selalu mencari barang di situ.
“Kenyataan saya bukanlah untuk menghasut membenci kerajaan tetapi rasanya apa yang saya cakap itu realiti.

Itu yang dihidangkan kepada kita,: katanya.   Status tersebut dikongsi dan mendapat pelbagai komen daripada orang ramai.

“Kasihan dekat peniaga-peniaga itu,” komen Izzat Idris.

“Penguatkuasaan perlu adil… Semua pihak akan berpuas hati bila ada keadilan… Tidak jadi seperti apa yang berlaku sekarang ini… Ambil kisah dengan pandangan orang lain,” kata Musri Mustahed.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.