Sesi Pengambilan 2016 Perajurit Muda Tentera Darat

0 24

Jadual  Sesi Pengambilan 2016 Perajurit Muda Tentera Darat . Berita baik bagi mereka yang berminat untuk menyertai Tentera Darat Malaysia sebagai Perajurit Muda TD seperti dipetik dari Portal Rasmi Tentera Darat Malaysia (TDM). Iklan sesi pemilihan awal Perajurit Muda Lelaki & Wanita Tentera Darat juga ada disiarkan di Laman Berita utama tempatan.

Lagi Artikel Menarik
  • Tarikh dan JadualSesi pemilihan Perajurit Muda Ogos 2016 boleh dirujuk di jadual di bawah ini
  • Kenaikan gaji tahunan kakitangan awam bermula 1 Julai 2016 boleh dirujuk di Rasionalisasi Perkhidmatan Awam 2016

Tentera Darat Malaysia (TDM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki dan Wanita.  Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri sesi Pemilihan Akhir Perajurit Muda Lelaki  TD pada tarikh yang akan dimaklumkan berasingan.  Seterusnya calon yang berjaya akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan.

Sesi Pengambilan 2016 Perajurit Muda Tentera Darat

Permohonan Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2016

Sila rujuk syarat-syarat kelayakan dan panduan permohonan sebelum memohon.

Syarat Kelayakan Akademik

  1. * Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Lulus dalam subjek tertentu. Pernyataan Keputusan tidak diterima. (Calon SPM 2013 ke atas wajib Lulus subjek Sejarah). Selanjutnya boleh rujuk di Syarat umum kelayakan.
  2. * Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 ke atas dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM.
  3. * Diploma dalam bidang Kejuruteraan/ Pen Peg Perubatan/ Pen Peg Farmasi / Jururawat Terlatih / Jururawat Pergigian/ Juruteknologi Pergigian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM.
  4. * Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Diploma Pelbagai Bidang (selain bidang tersebut di atas) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM – dipertimbangkan kemasukan melalui Skim SPM.

Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT):

  1. * Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat Prinsipal dalam Subjek Syariah/Usuluddin/Bahasa Arab pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM. atau
  2. * Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM. atau
  3. * Diploma dalam bidang Tahfiz Al-Quran/ Pengajian Islam yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM.

Dokumen Dan Sijil Yang Diperlukan

Pemohon dikehendaki membawa bersama dokumen asal dan sesalinan dokumen seperti berikut:

  1. * Kad Pengenalan.
  2. * Sijil Kelahiran.
  3. * Sijil SPM.
  4. * Slip Peperiksaan SPM (bagi calon yang menduduki SPM 2015 sahaja).
  5. * Sijil SKM Tahap 2 dan ke atas.
  6. * Diploma dan Transkrip (IPTS terlibat hendaklah mempunyai Malaysian Qualification Agency (MQA)/ Agensi Kelayakan Malaysia.
  7. * Diploma Kejururawatan – Wajib lulus peperiksaan dan berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia – sertakan bersama Perakuan Pendaftaran oleh Lembaga Jururawat Malaysia.
  8. * Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
  9. * Sijil Berhenti Sekolah.
  10. * Salinan Kad Pengenalan ibu bapa atau Sijil Kematian bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia berserta tambahan salinan kad pengenalan ahli keluarga terdekat untuk dijadikan waris kedua.
  11. * Surat Nikah/Sijil Pendaftaran Perkahwinan dan Sijil Daftar Kelahiran Anak.
  12. * Sekeping gambar terkini berukuran passport.
  13. * Sila bawa bersama ball pen hitam.
  14. * Sampul Surat Pos Ekspres (Pos Malaysia – berharga RM3.00) – saiz sampul 220mm x 110mm.

Lain-Lain Kelayakan

Sesi Pengambilan 2016 Perajurit Muda Tentera Darat

 

Syarat-Syarat Kelayakan lain, pusat pemilihan, gaji dan sebagainya sila rujuk iklan pengambilan bulan Ogos 2016 di link  TD

Tarikh Pemilihan Perajurit Muda 2016

Berikut adalah maklumat sesi pemilihan Perajurit Muda terkini iaitu bulan Ogos 2016. Sila hadir dengan berpakaian kemas iaitu baju berkolar, seluar slack, berkasut serta sarung kaki di pusat-pusat pemilihan yang tercatat di bawah:

Masa Pendaftaran: 8.00 pagi

* Pemohon perlu mempunyai email sendiri

1.Zon Utara dan  Zon Tengah Dan Selatan

perajurit muda zon tengah dan selatan

2. Zon Timur


Perajurit Muda Tentera Darat

3.Sabah dan Serawak

Perajurit Muda Tentera Darat

 

Cara Hubungi TDM

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:
Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat
Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat 2
Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR

Tel: 03-2071 3807/4254/4523/4258/2188/6030
atau Layari Laman Web: http://army.mod.gov.my
Sumber Portal Rasmi Tentera Darat Malaysia

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.