Handphone Original Set, Ap Set, Klon Dan Rekon-Tahukah anda perbezaannya?

0 4

 

Handphone Original Set, Ap Set, Klon Dan Rekon-Tahukah anda perbezaannya

Handphone Original Set, Ap Set, Klon Dan Rekon-anda tahu perbezaannya?. Sejak kebelakangan ini, kes penipuan pembelian handphone atau telefon pintar semakin berleluasa.  Ramai pembeli yang masih tidak dapat membezaan sama ada handphone tersebut adalah handphone  original set, Ap set, klon dan rekon.

Berikut disenaraikan antara Perbezaan handphone Original Set, Ap Set, Klon Dan Rekon.

1 – Set Original /Tulen
Dikenali sebagai ‘Approve Manufacture Set‘ ;  bermaksud Set yg diperakukan oleh pengeluar.  tetapi, ejen ini telah disahkan dan dilantik oleh pengeluar.
Harga jualan telah ditetapkan untuk ejen,  tidak boleh dinaikkan sesuka hati.  Ejen boleh menjadi perantara antara pelanggan dengan pengedar,  pengguna boleh membuat tuntutan pada mana2 cawangan agen diseluruh Malaysia.  Tempoh Jaminan Warranty ditentukan oleh pengeluar bukan ejen yg dilantik
Perisian dan sistem operasi yang  digunakan mengikut negara dan wilayah.  Jaminan pengeluar biasanya 1 tahun untuk peranti utama,  6 bulan bagi akessori termasuk batteri.  Terdapat ejen yg menyediakan tempoh jaminan extended warranty .Aksessori penuh dan tulen sepenuhnya seperti diiklankan
Berikut antara  pengedar rasmi set original di Malaysia:
HTC – SIS Distributors, Brighstar, Cubic Platform
Samsung – Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd
Sony – Midland, Thorus, TChoice
Nokia – Zitron, Avaxx

2 – Set AP (Berjenama)

Dikenali sebagai ‘Approve Products‘ ;  ia juga set yg diperakukan asli oleh pengeluar tetapi tidak dilantik sebagai ejen oleh pengeluar,  diedar oleh ejen /penjual yg mengimport sendiri, tetapi mereka tidak diiktiraf oleh cawangan pengeluar,  peranti dibawa masuk dari negara jiran seperti Singapura,  mungkin mempunyai jaminan pengilang dinegara yg dibeli.  Contoh; Beli set Original di Singapura, dibawa masuk tanpa/dengan pengesahan SIRIM, dijual semula sebagai set AP  (kerana tuntutan jaminan tidak sah di Malaysia)  Adakalanya  mempunyai logo telco seperti SingTel, TIM, Verizon, TMobile
Berkemungkinan set Refurbished / Recond ,  Harga yg dijual berubah2 dan lebih murah dari set tulen, penetapan harga bergantung kepada penjual.
Penjual pula menentukan tempoh jaminan Warranty.  (contoh ; jaminan diluar negara 2 tahun tapi di Malaysia hanya setahun, pengedar yakin dan meletakkan tempoh jaminan sama dengan negara yg  diimport)  Untuk membuat tuntutan jaminan,  ia mesti dipulangkan dikedai yg dibeli sahaja, masa menunggu lama sedikit  Aksesori tulen diambil dan dijual berasingan  kemudian ditukarkan kepada aksesori tiruan.

3 – Set AP Klon

Set jualan ini ialah yg paling banyak dijual dipasaran, mendakwa Set AP sebaliknya   menggunakan telefon klon  atau palsu bagi mengaburi pembeli yg         mahukan set AP berjenama.  Peranti yg dijual bukan AP berjenama,  menggunakan terma seperti klon,  replica &  lookalike..  Harga jauh lebih murah ,  tetapi ada yg berniat jahat  meletakkan harga yg tinggi seolah2 model yg dijual adalah tulen  Penjanjian jual beli sama seperti set  jualan AP, pulang di kedai yg dibeli jika rosak  Tempoh jaminan mungkin  pendek,  Semasa membuat tuntutan jaminan,  peranti dihantar semula ke pengeluar, masa menunggu lebih lama jika dihantar semula ke kilang di luar negara  kerana ketiadaan  peralatan & komponen alat ganti

4 – Set Recondition / Refurbish
Set yg pernah dijual ,  dipulangkan kepada pusat servis, dan dijual semula dengan separuh harga.  Mempunyai label pengeluar Recond /  Refurbished set pada kotak  Mungkin pernah dibaiki  (repaired) dipasangkan semula badan yg baru untuk meyakinkan pembeli .Mempunyai tempoh jaminan pendek atau  tiada jaminan langsung.  Hanya dijual oleh ejen dilantik,  jika tidak ia diletakkan di kumpulan Set AP

 

5 – Set Underwater
Jika set original ia dibeli oleh pelajar atau pelancong keluar negara,  dibawa masuk sebagai aset persendiriran dan dijual semula,  Jika ada jaminan yg masih boleh dituntut pembeli perlu menghantar keluar negara   Kemungkinan barangan rampasan , atau peranti tulen yg dicuri dinegara lain, walaubagaimanapun ini sukar dipastikan  Ia mungkin set  jualan pelepasan bawah meja (rasuah) atau yg diseludup tanpa pelepasan dan kebenaran rasmi Kastam dan SIRIM. Risiko set klon,  tiruan dan palsu sangat tinggi .Tiada jaminan,  sebarang kerosakan adalah tanggungan sendiri atau penjual  (itu pun jika ada jaminan)

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.