Panduan cara menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha

0 38

Solat sunat hari raya haji (Aidiladha) hukumnya sunat Muakkad (sangat digalakkan). Segala rukun, syarat serta sunatnya adalah sama seperti solat biasa.Cuma ditambahkan dengan bertakbir 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara setiap takbir.

Sembahyang sunat Aidiladha dikerjakan pada 10 Zulhijjah. Waktu mengerjakannya ialah antara ketika mula terbit matahari sekadar segalah hingga tergelincirnya matahari. Solat Aidiladha sunat disegerakan bagi memberi keluasan waktu untuk ibadah korban.

Hiburan.my telah membuat perincian  melalui tatacara dan panduan melalui sumber dari JAKIM

Panduan cara menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha

 

Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Dan Tasbih

Berikut adalah lafaz niat solat sunat aidiadha dan tasbih beserta makna:

Lafaz niat Solat Sunat Aidiadha:

اُصَلِّىْ سُنَّةَ عَيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ (إِمَامًا / مَأْمُوْمًا) لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.

Lafaz tasbih:

سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلآ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar

Rakaat Pertama
  • Mulai dengan lafaz takbiratul ihram, dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat solat aidilfitri/aidiladha di dalam hati.
  • Membaca doa iftitah
  • Lafaz takbir tujuh kali di selangselikan dengan bacaan tasbih
  • Membaca surah al- Fatihah
  • Membaca surah Al-Quran (disunatkan membaca surah Al-A’laa).
  • Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

 

Rakaat kedua
  • Mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
  • Lafaz takbir lima kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.
  • Membaca surah Al-Fatihah
  • Membaca surah Al-Quran (disunatkan dalam rakaat kedua membaca surah Al-Ghaasyiyah).
  • Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
  •  Memberi salam.

 

Khutbah solat sunat hari raya haji Aidiladha/korban

  • Adalah disunnahkan untuk dilaksanakan khutbah sesudah mengerjakan solat Hari Raya. Khutbah Aidiladha sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya.
  • Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.

Sumber diambil dari Facebook Rasmi JAKIM

Video Panduan cara menunaikan solat sunat hari raya aidiladha

 

Semoga Panduan ini bermanfaat untuk semua bagi mengerjakan solat sunat hari raya haji  aidiladha/korban.Jom SHARE !

Komen anda?

Komen

Source JAKIM facebook JAKIM

Leave A Reply

Your email address will not be published.