Suami prihatin rumah tangga bahagia

0 29

Ramai isteri mengeluh isteri dengan sikap suami yang tidak prihatin.Sebagai contoh perkara yang kerap kali berlaku dalam pasangan yang berkahwin adalah disebabkan suami tidak mengingati tarikh lahir isteri atau ulang tahun perkahwinan.Sedangkan tarikh ini seharusnya cukup bermakna buat pasangan suami isteri.Selain itu ada jugak isteri yang berkecil hati dengan sikap suami yang endah tak endah tentang dirinya.Tak pernah mengucapkan terima kasih,memberi hadiah atau memberikan pujian atas apa yang dilakukan.

Sikap prihatin sebenarnya membuatkan seseorang itu itu rasa dihargai dan diingati.Ia juga menandakan diri amat disayangi.Bayangkan jika anda tidak bersikap demikian pada pasangan anda,sudah tentu perasaan sebaliknya dirasai.

Suami prihatin rumah tangga bahagia

Mulakan dengan perkara yang kecil

Bermula hari ini belajarlah untuk bersikap lebih prihatin pada isteri.Tapi jangan hanya perihatin kepada perkara besar sebaliknya perkara kecil jua.Sikap sebegini akan menyebabkan si dia berasa diperlukan.Walaupun anda mungkin menganggap ia remeh tetapi percayalah dari kecilan menjadi besar.Praktikkan penuh ikhlas kerana pasangan pasti bahagia denagn perubahan tersebut.

Disini hiburan.my menyenaraikan beberapa perkara kecil yang harus diambik berat untuk mengambil perhatian si dia :

1.Ringankan tangan angkat barang untuk si isteri

Ketika isteri sedang sarat membawa barang-barang,ringankan mulut untuk menawar bantuan untuk mengangkat barang-barang berat seperti plastik makanan,pakaian atau apa sahaja.Saat ini lah sikap “gentleman” anda menyerlah sekaligus membuat isteri berasa bangga mempunyai suami yang sangat prihatin terhadapnya.Nampak mudah tapi tidak semua suami yang mampu lakukannya.Jadi bertindaklah sekarang!

2.Hantar isteri ke pejabat

Oleh kerana sibuk menyiapkan sarapan pagi,isteri sedikit terlewat untuk ke pejabat ditambah pula dengan kesesakan jalan yang teruk.Disebabkan itu lah anda kena menawarkan bantuan kepada dirinya.Hal seperti ini sangat-sangatdihargai isteri kerana anda memahami masalah yang bersarang di fikirannya.Sudah tentu lah anda dianggap “superheronya”!

3.Masak makanan kegemaran isteri.

sekali-sekala berilah kejutan kepada si dia dengan masakan dari air tangan anda.Lebih menarik sekiranya masakn tersebuat adalah makanan kegemaran dia.Pasti dia akan terharu dengan hadiah yang tidak diduga.Rupa-rupanya suaminya selama ini mempunyai bakat terpendam yang sangat hebat.Sesuatu yang mengagumkan!

4.Berilah pujian walaupun berbaju tidur

Berilah pujian yang ikhlas pada isteri biarpun ketika itu dia hanya mengenakan baju tidur dan belum membersihkan diri.Mungkin kedengaran kurang sesuai tetapi percayalah bahawa isteri sangat tersentuhdenagn ucapan yang keluar dari mulut anda.

5.Jadilah pendengar yang setia

Sekalipun isteri tidak berkerja namun masalah tetap ada.Cari masa agar anda dapat duduk bersama dan tanyalah mengenai masalah yang bermain difikirannya.Usah berikan sebarang komen saat isteri menceritakan perkara yang membebankan dirinya sebaliknya bertindaklah sebagai pendengar yang setia.Sebaiknya genggam jemari isteri ketika air matanya mula jatuh ke pipi.Berikan kata-kata semangat agar si dia terus kuat.Jangan sesekali menyalahkan dirinya kerana ketika itu dia hanya perlukan seseorang untuk menangis bersama.

 

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.