Terkini!23 Remaja yang hilang di villa nabila adalah berita palsu

0 8

Penulis dimaklumkan bahawa 23 remaja yang hilang itu adalah berita berita palsu dan cerita itu telah ditokok tambah untuk mensensasikan keadaan.

Menurut dari sumber  dari hmetro:

Johor Bahru: Polis Johor menafikan dakwaan kehilangan 23 remaja yang dikatakan memasuki sebuah kawasan villa tinggal di Jalan Skudai, dekat sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, pihaknya hanya menerima satu laporan berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun sejak Sabtu lalu.

“Laporan itu dibuat ibu mangsa jam 1 pagi tadi dan beliau dimaklumkan rakan anaknya, mangsa didakwa telah memasuki kawasan villa tinggal berkenaan.

“Bagaimanapun, unit anjing pengesan dan pihak bomba yang melakukan siasatan di kawasan villa itu sejurus menerima laporan, tidak menemui remaja terbabit,” katanya.

villa nabila

 

LOKASI di mana seorang remaja dilapor hilang setelah memasuki rumah tinggal yang dikenali sebagai rumah Nabila. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

P/s=Macam cerita yang direka-reka dr 30 yang masuk 27 hilang walhal hanya sorang sahaja yang hilang.

Penulis berharap jangn mudah terpedaya dengn cerita dan khabar angin dan sahkan dulu dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

 

 

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.