5 kelebihan perempuan yang tidak suka bersolek

0 14

tidak suka bersolek

5 kelebihan  perempuan yang tidak suka bersolek

Bersolek sememangnya menjadi salah satu kegemaran bagi setiap wanita. Apatah lagi bagi  mereka yang sedang meningkat dewasa, sentiasa ingin menampilkan gaya penampilan cantik agar kelihatan lebih menarik iaitu dengan cara berpakaian. Namun tahukah anda jika wanita yang seperti kelihatan cantik itu ternyata bukan dari cara dia bersolek tetapi kecantikan secara semulajadi. Sebenarnya banyak lelaki mengakui suka dengan wanita yang semulajadi cantik dan bukan dari cara bersolek. Disini kami hiburan.my ingin menyelongkar 5 kelebihan yang didapati daripada perempuan tidak suka bersolek.

1. Kulit Wajah Bebas dari radiasi Bahan Kimia
Kulit wajah akan  lebih bebas dari pendedahan bahan kimia apabila perempuan tidak selalu bersolek.Perempuan  yang lebih suka bersolek,kulitnya jauh lebih sihat dan selamat dari orang yang selau bersolek.

2.Menjimatkan masa
Bersolek memerlukan masa yang lama untuk kelihatan cantik dan elegen.Namun bagi wanita yang tidak suka bersolek,masa yang terluang boleh dimanfaat kepada benda lain.

3.Menjimatkan duit
Di zaman sekarang,harga alat solek adalah mahal dan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk memiliki wajah yang sempurna.Lagi pelbagai bentuk perhiasan yang boleh diperolehi sudah tentu akan menambahkan lagi kos yang dikeluarkan oleh anda.

4.Kelihatan lebih awet muda
Wanita yang tidak suka bersolek akan  lebih kelihatan muda berbanding wanita yang suka bersolek.Ini kerana wanita yang tidak suka bersolek bebas dari sebarang bahan kimia berbahaya yang datang dari make-up yang dipakai.Perlu juga kita faham apabila bahan kimia yang berbahaya ini melekat di ruang roma,kulit boleh menjadi cepat tersumbat disebabkan oleh minyak yang dihasilkan.Hasilnya wanita tersebut akan cepat mengalami penuaan yang lebih ketara.

5.Pertumbuhan atau penghasilan kulit lebih cepat dan baik
Pertumbuhan kulit yang baru akan lebih baik dan pelancaran proses dengan lebih cepat apabila kulit bebas dari toksik dari solekan.Wanita yang tidak suka bersolek juga cenderung untuk lebih berpenampilan lebih semulajadi disebabkan kesihatan kulitnya berada di tahap yang cukup bagus.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.