Tindakan seorang wanita “kurang siuman”buang daging babi,simbah cat ke kereta jiran dikecam

0 9

Penduduk di kawasan perumahan Taman Wangsa Maju Seksyenn 5 hidup dalam ketakutan sejak tiga bulan lalu berikutan perlakuan salah seorang penduduk wanita di kawasan tersebut yang bertindak ganas dengan menyimbah cat pada kereta, membuang daging babi serta memecahkan lampu dan pasu milik jiran berhampiran kediamannya.Wanita yang berusia 46 tahun itu difahamkan sudah menetap di kawasan perumahan itu beberapa tahun lepas dan sebelum ini, dia juga sering berkelakuan pelik dengan memaki hamun orang ramai yang lalu lalang dan menyimbah air kencing di sebuah rumah penduduk dikawasan tersebut.

Tindakan seorang wanita kurang siumanbuang daging babi,simbah cat ke kereta jiran dikecam Tindakan seorang wanita kurang siumanbuang daging babi,simbah cat ke kereta jiran dikecam

S. Ranur Gatheri, 49, yang juga salah seorang penduduk di kawasan itu berkata pebuatan wanita pelik itu semakin menjadi-jadi sejak beberapa hari lalu.

“Sebelum ini, kami sudah lali dengan kata-kata kesat yang dilemparkan tetapi apabila dia mula memecahkan pasu bunga dan merosakkan harta benda jiran, kami mulai takut”, katanya memetik laporan dari Kosmo!.

Salah seorang lagi penduduk kawasan tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 58, berkata wanita itu sudah berperangai pelik sejak di berpindah ke kawasan kejiranan ini lebih dari enam tahun yang lalu. Tan berkata wanita pelik itu pernah menyembur air pada kereta arwah isterinya dan turut meludah pada arwah isterinya itu. Selain itu wanita tersebut juga turut merosakkan kereta milik Tan.

“Dia memecahkan tingkap kereta saya dengan menggunakan guli dan juga merosakkan dua buah kereta lain yang kepunyaan keluarga saya,” katanya, sambil menambah bahawa pada hari Isnin lepas, wanita itu menyimbah cat di sebuah kereta Perodua Myvi milik teman wanita anaknya.

Tan turut berkata dia tidak tahu kenapa wanita itu berkelakuan seperti itu. Laporan polis telah dibuat selepas wanita tersebut menyimbah cat di kereta Perodua Myvi berkenaan.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.