Tip dan Penggunaan sikat rambut yang betul

0 40

 

jenis sikat rambut

Rambut merupakan mahkota wanita yang amat berharga.Penjagaan yang rapi diperlukan bagi memastiakn rambut anda  kekal cantik.Walaupun ia ditutup dengan tudung,tetapi rambut tetap perlu dijaga agar tidak mengalami masalah yang berkaitan.Penggunaan sisir rambut atau sikat rambut adalah adalah satu cara yang paling tepat untuk mencantikkan lagi rambut anda.Sebelum membeli anda perlu pastikan sikat rambut mana yang sesuai dengan anda kerana tidak semua boleh dipakai untuk merapikan rambut.Dibawah anda boleh membuat rujukan dan mendapatkan secebis maklumat tentang pelbagai jenis sikat yang dijual dipasaran.

1.Sikat Bergigi

Terdapat dua jenis sikat bergigi sikat bergigi jarang dan rapat.Bentuknya lurus dan nipis amat mudah untuk dibawa kemana sahaja terutama kaum adam.Ada juga daripada kalangan wanita yang ninat menggunakan sikat jenis ini.Bagi anda yang memiliki rambut yang lurus dan pendek,gunakan sikat bergigi rapat kerana sikat bergigi hanya akan membuatkan rambut anda lebih mengembang,Sikat bergigi jarang digunakakn untuk rambut yang kerinting ataupun amsih basah.

2.Sikat Berekor

Ia kelihatan bergigi pada separuh bahagian  dan berekor nipis pada pemegangnya.Sikat ini mempunyai fungsi sendiri dimana ekornya memainkan perananan untuk memisahkan bahagian rambut atau senang kata untuk membentuk belahan.Tidak kisah apa jau jenis belahan ayang anda inginkan sikat berekor ini dapat membantu.Selaian daripada itu anda boleh membentuk sanggul dengan mudah apabila menggunakan siakt ini kerana ia mempunyai gigi yang rapat.

3.Sikat Garpu

Bentuknya amat unik dan nudah dipegang kerana pendek dan nipis.Ia menyerupai garpu yang lebar dan amat sesuai  anda yang berambut kerinting .Bukan mudah untuk memisahkan rambut kerinting dan ikal.Oleh itu sikat ini mempunyai fungsi  terendiri untuk memisahkan rambut dengan lebih baik.Ia juga mampu menguatkan lagi gelombang rambut anda.

 

INFO: Jika anda menyikat rambut anda sambil duduk,ia akan menguatkan otot jantung.Jika menyikat sambil berdiri ia akan melemahkan jatung.Nabi S.A.W juga melarang menyikat rambut didalam bilik air kerana ia hamya akan melemahkan umbi rambut.

 

4.Sikat Bulat

Sikat ini boleh didapati dalam bentuk yang kecil atau besar mengikut saiz yang bersesuaian.Untuk anda yang suka mengerintingkan rambut maka sikat ini adalah yang terbaik dalam fungsinya untuk kerintingkan rambut.Jika diameternya kecil dan geriginya panjang,maka hasil kerintingnya lebih kecil.Diameter yang lebih besar pula digunakan untuk rambut yang lebih gelombang besar.Gunakan sikat ini jika anda ingin mengerintingkan rambut anda di bahagian bawah rambut.

5.Sikat Dayung

Sikat seperti ini mudah didapati dimana-mana sahaja.Ia berbentuk seperti dayung dengan permukaan lebar dibawahnya manakala gigi disusun jarang.Ia sesuai untuk diaplikasi untuk rambut anda yang lurus kerana ia dapat merapikan rambut anda dengan mudah.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.