Tulisan berunsur hasutan,polis akan siasat Tun M jika ada laporan

0 4

Tulisan berunsur hasutan,polis akan siasat Tun M jika ada laporan

Tulisan berunsur hasutan,polis akan siasat Tun M jika ada laporan

Polis akan hanya menyiasat tulisan blog bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya ada laporan polis dibuat terhadapnya, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.  “Kalau ada laporan, kami akan jalankan siasatan.

“Dalam kes-kes tertentu kita tak perlukan laporan, tapi ni (kes Mahathir) kita tunggu laporan.

“Kalau ada yang tak puas hati buat la report. Nanti kita siasat (sama ada Mahathir) langgar undang-undang atau tidak,” katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur selepas menghadiri seminar bersama antara polis dan Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja).

Seminar tersebut diadakan bagi melatih anggota Aswaja untuk mendidik orang ramai tentang bahaya kumpulan militan IS.  Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini berkata tulisan Mahathir di blognya pada 3 Februari lalu adalah berunsur hasutan.  Annuar bagaimanapun tidak menjelaskan bahagian mana daripada tulisan bertajuk ‘AG to AG’ itu adalah hasutan.  Dalam tulisan tersebu, Mahathir menyatakan keraguan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Switzerland bagi menyiasat 1MDB.

Sementara catatan blog Mahathir pada 5 Februari mengulangi gesaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan dan bahawa skandal melibatkannya telah memalukan negara ini. Mahathir turut membidas Apandi kerana didakwa melindungi Najib.  Dua minggu lalu, Apandi membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah lalu dalam isu sumbangan RM2.6 bilion dan kes SRC International Sdn Bhd

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.