Untuk rakyat saya reda digugurkan- Tan Sri Muhyiddin Yassin

0 2

 

Untuk rakyat saya reda digugurkan- Tan Sri Muhyiddin Yassin

Dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, namai baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha,” demikian reaksi bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.  Meluahkan rasa terbuka terhadap keputusan yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi, jelas Muhyiddin menerusi laman Facebooknya, beliau menerima keputusan tersebut serta menghormati kuasa prerogatif Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.

“Saya menerima keputusan Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada Kabinet dengan hati yang terbuka.  “Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah.  “Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau dalam pada itu turut mengucapkan penghargaan kepada peluang untuk menggalas tugasan yang diberikan sejak 2009 lalu.  “Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri,” ujarnya.

Jelas Muhyiddin, walaupun bukan lagi tersenarai sebagai salah seorang anggota Kabinet, beliau akan terus melaksanakan tugas sebagai Timbalan Presiden Umno.

“… Saya akan terus memikul amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada Umno.

“… Kepada ALLAH saya berserah,” katanya lagi.

Komen anda?

Komen

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.