Ibu bapa mengeluh setengah dari gaji bulanan hanya untuk yuran anak

0 5

 

yuran anak

Segelintir ibu bapa meluahkan rasa sedih mereka apabila mereka terpaksa membayar yuran pusat jagaan kanak-kanak sebanyak RM1,950 sebulan.  “Saya terpaksa bayar yuran di pusat jagaan kanak-kanak walaupun ia menelan setengah gaji bulanan saya,” luah Siti Zaleha Othman, lapor Free Malaysia Today.

Siti Zaleha tidak mempunyai pilihan yang lain memandangkan dia dan suaminya bekerja.  “Yuran yang saya bayar untuk dua anak saya berusia dua dan empat tahun berjumlah RM1,950 sebulan di pusat jagaan kanak-kanak swasta kerana tiada pilihan. Kami bukan tidak mahu menghantar anak ke pusat jagaan yang lebih murah tetapi ianya jauh dari tempat kerja dan itu akan menelan perbelanjaan yang lebih tinggi. Pusat jagaan yang ada sekarang, dekat dengan tempat kerja dan memudahkan kami.

“Saya dan suami bekerja, maka kami terpaksa menghantar anak ke pusat jagaan. Jika tidak berbuat demikian, salah seorang daripada kami perlu berhenti kerja. Tetapi dengan kos hidup di bandar yang semakin tinggi, mana mungkin untuk berbuat demikian,” katanya.  Masalah yang sama turut disuarakan oleh seorang bapa, Wong, mengaku terkesan apabila dia terpaksa membuat perbelanjaan lebih untuk membayar yuran anaknya di pusat jagaan.

“Saya bayar yuran anak saya RM350 untuk separuh hari. Namun semenjak kos sara hidup meningkat, perbelanjaan saya juga turut meningkat tetapi gaji pula tidak naik-naik. Saya harap kerajaan fikirkan beban yang ditanggung oleh rakyat,” katanya.  Bagi Mohamad pula, dia terpaksa akur bilamana terpaksa mengeluarkan belanja sebanyak RM2,000 lebih sebulan untuk menguruskan persekolahan kesemua anaknya termasuk yang dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak.  “Apa boleh buat? Tinggi mana kos sara hidup pun, kita terpaksa akur. Kalau bantah, apa yang kita akan dapat? Kos perbelanjaan untuk anak-anak pada tahun ini saja meningkat melebihi RM2,000.

“Dulu baju RM18 sehelai, sekarang RM30 sehelai. Kasut paling murah RM30, ditambah pula dengan yuran anak di sekolah dan pusat jagaan?  “Kerajaan dulu pernah berkata yang mereka akan memberikan bantuan kepada keluarga yang berpendapatan bawah RM3,000. Saya yang bergaji kurang RM3,000 tak dapat apa-apa pun?” katanya

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.