Cara mohon AgroMakanan PENJANA pembiayaan sehingga RM50,000

0 1,098

Berita baik untuk usahawan mikro dan B40 dalam ekonomi pertanian berasaskan makanan,AgroMakanan PENJANA menawarkan pembiayaan bantuan perniagaan sehingga RM50,000.AgroMakanan adalah skim kemudahan pembiayaan yang ditawarkan melalui Agrobank di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang bertujuan untuk membantu usahawan mikro yang terjejas dengan pandemik covid-19

Skim ini melibatkan bantuan dari aktiviti berasaskan pengeluaran makanan yang merangkumi keseluruhan rantaian pembekalan bermula dari pengeluaran hasil sumber makanan, pemprosesan, pengedaran, pemasaran dan perkhidmatan penyediaan makanan.

Maklumat Skim pembiayaan

  • Nama skim: AgroMakanan PENJANA
  • Tempoh skim pembiayaan: Maksima sehingga 5 tahun (60 bulan)
  • Kadar keuntungan: 3.5% setahun atas baki pembiayaan
  • Pembiayaan adalah sehingga RM50,000.

Tujuan Pembiayaan adalah untuk membantu golongan usahawan Mikro terutamanya komuniti Agro di bawah kategori B40 yang terjejas dengan menyediakan bantuan kewangan

Skop Pembiayaan

Skop pembiayaan di bawah skim ini melibatkan pembiayaan kepada aktiviti berasaskan pengeluaran makanan yang merangkumi keseluruhan rantaian pembekalan bermula dari pengeluaran hasil sumber makanan (seperti aktiviti penanaman, ternakan dan penangkapan ikan), pemprosesan, pengedaran, pemasaran dan perkhidmatan penyediaan makanan

Kelayakan untuk memohon

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sehingga 65 tahun semasa permohonan.
  3. Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.
  4. Tidak diisytiharkan bankrap
  5. Tidak mempunyai rekod kegagalan pembayaran kredit dengan mana-mana Bank.

Boleh juga baca: Cara Mohon Skim Agro-YES Agrobank Pembiayaan Sehingga RM200,000

Dokumen Penting permohonan

Permohonan mestilah bersertakan dokumen-dokumen berikut:

  • Borang Permohonan Kemudahan pembiayaan yang lengkap.
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pemohon bersama (bagi permohonan bersama).
  • Penyata akaun simpanan bank atau rekod jualan perniagaan bagi tempoh 6 bulan terkini.
  • Salinan Pendaftaran Perniagaan atau Lesen Peniagaan bagi perniagaan yang melibatkan premis tetap.

Cara membuat permohonan

Permohonan pembiayaan boleh dilakukan dengan memuat turun dan melengkapkan borang permohonan kemudahan yang boleh didapati di laman sesawang Agrobank iaitu www.agrobank.com.my atau bolehdidapati melalui cawangan Agrobank yang berhampiran dengan lokasi perniagaan pemohon\

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut boleh rujuk melalui saluran berikut:

  1. Talian AgroBank di 1-300-88-2476
  2. Laman Rasmi Agrobank di www.agrobank.com.my
  3. Cawangan AgroBank yang berdekatan
Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More