Azli Paat Meninggal Dunia – Pakar It

0

Azli Paat Meninggal Dunia - Pakar It

Azli Paat Meninggal Dunia – Pakar It :

KUALA LUMPUR – Terlebih dahulu, Hiburan.My ingin mengucapkan takziah dan al Fatihah kepada Allahyarham Azli Paat, pakar teknologi maklumat (IT) dan juga kandungan mudah-alih tempatan yang meninggal dunia dalam tidurnya pukul 7.30 petang tadi (Rabu 6 Feb).

Beliau adalah antara pakar IT terhebat di negara ini.

Bagi mereka yang tidak mengenali Azli Paat, beliau merupakan salah seorang usahawan yang telah membangunkan dan hadir dengan beberapa perkhidmatan memfokuskan kepada kandungan mudah-alih dan juga komuniti.

Salah satu yang popular, semestinya adalah DAPAT Vista yang terkenal dengan perkhidmatan permesejan SMS yang telah merevolusikan dunia kandungan berasaskan SMS di Malaysia. Syarikat tersebut kemudiannya telah diambil-alih oleh Hi-Tech Padu Berhad pada tahun 2010.

Selain DAPAT, Azli Paat juga merupakan pengasas perkhidmatan berasaskan komuniti, RAKANCOP, disamping merupakan ahli aktif dalam komuniti IT dan telekomunikasi di Malaysia. Salah satu perkhidmatan baru daripada beliau adalah Adacode yang mana membolehkan kandungan dihantar ke emel atau SMS dengan hanya membuat panggilan miscall.

Pelbagai anugerah telah diterima beliau sebelum ini, termasuk Prime Minister’s “Best of the Best” Award 2012 di MSC Malaysia APICTA 2012.

(Sebahagian maklumat dipetik dari Blog Amanz/Gambar: Mentari Minda)

Azli Paat Meninggal Dunia – Pakar It

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More