Bakul Prihatin Negara JKM Semua Keluarga terjejas layak memohon

0 1,020

Bakul Prihatin Negara ini adalah hasil cetusan idea daripada YAB Perdana Menteri, sebagai tindak balas proaktif terhadap senario yang dihadapi oleh rakyat pada masa ini yang terkesan akibat pandemik COVID-19.Terbaharu,Bakul Prihatin Negara JKMmerupakan satu inisiatif Kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19 bagi memastikan masyarakat dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan Bakul Prihatin Negara yang merupakan nilai tambah kepada Program Bantuan Bakul Makanan, yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan sebagai inisiatif Prihatin Rakyat yang telah diumumkan sebelum ini termasuk di bawah pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dan Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Barangan asas Bakul Prihatin Negara JKM

Barangan yang terdapat bakul prihatin adalah 8 barangan asas seperti:

  1. Beras 5kg
  2. Gula 1kg
  3. Tepung 2kg
  4. Bihun 400gm
  5. Kicap 650ml
  6. Sardin 230gm
  7. Biskut
  8. Kopi

Had bantuan adalah satu bakul untuk satu keluarga.Namun begitu, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan akan membuat semakan terperinci sekiranya terdapat keluarga memerlukan lebih dari satu (1) Bakul Prihatin bagi kes-kes yang tertentu yang difikirkan wajar dan perlu.

Setiap keluarga yang terjejas pendapatan dan terkesan akibat pandemik COVID19 layak membuat permohonan dan menerima Bakul Prihatin ini.

Anda juga boleh baca: Permohonan Bantuan Khairat Kematian Covid RM1,000

Cara membuat permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan melalui 4 kaedah berikut:

  1. Menghubungi Bilik Gerakan JKM yang terdapat di 108 daerah di seluruh negara
  2. Menghubungi Talian Kasih di 15999 atau Whatsapp ke 019-2615999.
  3. Mengemukakan permohonan bantuan melalui Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM dan JKM) atau
  4. Menghubungi pemimpin tempatan di kawasan masing-masing.

Setelah mendapat butiran lanjut daripada pemohon, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan akan menyerahkan Bakul Prihatin Negara kepada Skuad Prihatin Negara untuk diagihkan kepada pemohon.

Pemohon akan menerima Bakul Prihatin Negara dalam tempoh 24 jam selepas permohonan. Namun begitu, penghantaran bergantung kepada hari bekerja, jumlah permohonan harian, jarak dan bentuk muka bumi.

Berikut adalah borang permohonan dan akuan penerimaan untuk anda membuat permohonan.Boleh muat turun di bawah:

  1. Borang permohanan Bantuan Bakul Prihatin
  2. Borang Akuan Penerimaan Bakul Prihatin

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan Maklumat Lanjut anda boleh layari Laman Rasmi JKM:
http://www.jkm.gov.my

Soalan Lazim (FAQ), borang dan carta alir permohonan serta nombor telefon Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara boleh anda dapat jika terdapat sebarang masalah.

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More