Permohonan Bantuan Awal Persekolahan RM100 KPM 2021

0 14,603

Bantuan Awal Persekolahan(BAP) adalah satu inisiatif dari Kementerian Pelajaran Malaysia dengan memberi bantuan RM100 kepada semua murid dari sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan yang layak.

Permohonan Bantuan Awal Persekolahan RM100 KPM 2021

Pengenalan Bantuan Awal Persekolahan(BAP)

Mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. 

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM100.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).

Sebagai contoh,sekiranya ibubapa/penjaga mempunyai empat orang anak maka mereka diberikan bantuan sebanyak RM400

Jika berpindah ke sekolah baru,permohonan baru hendaklah dibuat.

Kaedah Pembayaran

Pembayaran dilakukan seawal 4 Januari 2021 dan akan dibayar secara berperingkat ke akaun:

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

Syarat-syarat kelayakan

  1. Murid adalah warganegara Malaysia dan mempunyai bukti sijil kelahiran/mykid/mykad
  2. Murid dari darjah 1 hingga tingkatan 5 dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.
  3. Bantuan untuk sekolah kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

Boleh baca juga:

  1. Permohonan Bantuan Kanak-Kanak Dan Keluarga JKM 2021
  2. Bantuan Smartphone Percuma B40.Kepada pelajar sekolah dari keluarga B40
Cara membuat Permohonan

Borang permohonan hanya akan diberikan kepada yang layak.Pihak Sekolah akan membuat pemilihan dan memberikan senarai nama murid yang layak untuk menerima Bantuan Awal Persekolahan ini

  • Murid-murid yang layak akan diberikan borang permohonan dan akan diserahkan pada ibubapa/penjaga.

Contoh borang BORANG PB1 BORANG PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN

contoh Borang Permohonan Bantuan Awal Persekolahan
  • Ibubapa/penjaga hendaklah melengkapkan borang permohonan tadi dan menyediakan dokumen-dokumen (perlu disahkan) diperlukan seperti sijil lahir murid, bukti pendapatan bulanan dan lain-lain lagi sebelum menghantarnya kepada pihak sekolah.
  • Wang bantuan RM100 akan diberikan secara tunai dan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima.

Sekiranya ada ibubapa/penjaga merasakan anak-anak mereka layak untuk bantuan ini,boleh rujuk guru kelas atau pihak sekolah dengan segera.

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

X