Bantuan BKSS 7.0 Peniaga: Bantuan One-Off RM 10,000 kepada yang layak

0 1,376

Prihatin dengan nasib perusahaan dan perniagaan yang terkesan oleh pandemik Covid-19, Kerajaan Negeri Sarawak telah memperuntukkan sejumlah RM400 juta bagi membantu perniagaan dan perushaan yang terjejas melalui pembayaran secara “sekali bayar” atau “one-off”.

Dalam membuat pengumunan tersebut sempena ulangtahun beliau yang ke 71 semalam, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Haji Openg telah membawa perkhabaran baik dan harapan bagi sektor perniagaan, pembinaan dan perindustrian Sarawak dengan mengumumkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 7.0.

Sebanyak 40,000 perniagaan yang berdaftar di Sarawak layak menerima bantuan berjumlah RM10,000  melalui pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 7.0

Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg menyempurnakan Majlis Simbolik Penyerahan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 dan melancarkan BKSS 7.0 di Dewan Serbaguna, Yayasan Sarawak Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah, Petrajaya.

Menurut Abang Johari, bantuan ini memberi fokus kepada perusahaan dan perniagaan yang sihat setelah menghadapi beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) memandangkan pelbagai aktiviti ekonomi tertangguh dalam usaha mengekang pandemik COVID-19 dan BKSS 1.0 -6.0 kini melibatkan perbelanjaan RM4.5 billion.

Antara bantuan yang diberikan di bawah BKSS 6.0 termasuklah bantuan tunai bagi isi rumah B40, elaun enam bulan kepada petugas barisan hadapan, bantuan kepada peniaga kecil dan penjaja, pemandu ‘e-hailing’ dan guru memandu, individu bujang, pemilik dan pengusaha penambang, pengusaha van berlesen, pemandu teksi, pemandu bas sekolah dan pengusaha van sekolah, pemandu pelancong, dan pemandu pelancong Taman Negara, Agensi Pelancongan Berlesen, Operator ‘Homestay’ Berlesen dan Pemandu Kenderaan Perlamcongan Berlesen.

Bantuan lain termasuklah diskaun bil air dan elektrik, kadar cukai taksiran, diskaun 30% cukai tanah, bakul makanan dan sewa bagi penerima yang layak.

Berikut kami kongsikan maklumat-maklumat penting dalam BKSS 7.0 yang telah diumumkan 4 Ogos yang lalu.

Bantuan BKSS 7.0 Peniaga dan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)

3 fokus utama bantuan BKSS 7.0 adalah seperti berikut:

  • Bantuan Khas Kewangan One-Off Berjumlah RM10,000 kepada perniagaan aktif yang berdaftar dengan SOCSO
    1. Memberi bantuan kewangan RM10 ribu ringgit (‘one-off’) untuk perniagaan aktif yang berdaftar di Sarawak dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) setakat 31 Disember 2021 kepada lebih kurang 40 ribu perniagaan melibatkan kos RM400 juta bagi membantu kelangsungan perniagaan seperti perbelanjaan operasi, sewa dan upah pekerja terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
    2. Bayaran bantuan sebanyak RM5000 akan diagihkan pada bulan September dan baki RM5000 pada Disember 2021.
  • Pelonggaran polisi perolehan kerajaan akibat pandemik COVID-19
    1. LAD yang telah dikenakan akan dikecualikan dalam tempoh PKP diwartakan dan pernilaian akan dilakukan secara automatik pada setiap akhir bulan tanpa perlu menunggu permohonan terperinci secara bertulis dari pihak kontraktor bagi tujuan tuntutan dan pembaharan interim sebanyak RM1000 diagihkan bagi semua pemegang Kontrak Negeri.
    2. Kerajaan Negeri turut membenarkan pembayaran kepada ‘Consultants Site Supervision’ selama tempoh PKP tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan juga membenarkan variasi harga untuk kontrak kerja kerajaan yang mengakibatkan kenaikan harga untuk bahan binaan tertentu kesan global pandemik dianggarkan dalam RM400 juta.
    3. EOT pula dikenakan pada projek yang sedang berjalan dengan tarikh siap bukan dalam tempoh PKP 3.0 dan projek yang dijadualkan siap pada PKP 3.0 diberikan EOT maksimum 60 hari.
  • Pembaharuan permit pekerja asing untuk sektor pertanian, perlombongan, pembinaan dan perkhidmatan.
    1. Pengecualian Pembaharuan Permit Pekerja Asing melibatkan sektor perladangan berdaftar sehingga 31 Disember 2022 diperluas kepada pertanian, perlombongan, pembinaan dan servis perkhidmatan.

Anda juga boleh baca: Semakan Kelulusan Dan Tarikh Bayaran BKSS 6.0 RM1500 Bantuan Peniaga

Permohonan Bantuan Peniaga dan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) BKSS 7.0

Setakat ini belum dimaklumkan lagi cara untuk membuat permohonan secara rasmi.

Kami akan kemaskini setelah mendapat hebahan terbaru.

Sila Join Channel Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Tarikh pembayaran

Pembayaran akan di buat secara berperingkat iaitu :

  • RM5000 akan diagihkan pada bulan September dan baki RM5000 pada Disember 2021.

Syarat kelayakan memohon

Syarat utama adalah perniagaan masih aktif dan berdaftar di Sarawak dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) setakat 31 Disember 2021

[Sumber di ambil dari  Pusat Maklumat Rakyat Kuching,Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), TVS TVBERNAMA]

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More