Permohonan Bantuan Bujang BPR 2021 RM350
Bantuan Bujang BPR 2021.Tahniah kepada individu bujang dan berumur 21 tahun pada tahun ini kerana ada berpeluang memohon bantuan BPR kategori Bujang 2021 sebanyak RM350.

Dalam belanjawan 2021,kerajaan telah mengumumkan Bantuan Sara Hidup (BSH) bakal digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).Sebanyak 4 kategori telah diumumkan untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).Salah satunya adalah bantuan untuk individu bujang dan berumur 21 tahun
Dalam bantuan BSH sebelum ini, hanya bujang 40 tahun ke atas sahaja layak terima bantuan.Namun kini bujang berumur 21 tahun ke atas juga layak untuk mohon BPR kategori bujang dimana permohonannya akan dibuka tidak lama lagi.
Kadar pembayaran Bantuan Bujang BPR 2021
Individu bujang dan berumur 21 tahun ke atas layak memohon bantuan ini.Ringkasan kadar Bayaran adalah seperti dibawah:
- Individu Bujang Berpendapatan RM2,500 ke bawah
- Jumlah bantuan : RM350 (Mestilah berumur 21 tahun ke atas)
Kelayakan Permohonan Bantuan
Berikut adalah kelayakan yang diperlukan untuk memohon:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas
- Berpendapatan RM2,500 ke bawah
Sudah semak kelayakan anda?Jika anda rasa layak,bila permohonan sudah dibuka boleh la cuba memohon
Artikel berkaitan
Tarikh Permohonan Bantuan
Tarikh pembukaan permohonan BPR kategori bujang 2021 adalah seperti berikut:
Tarikh Bantuan Bujang RM350 dijangka pada 23 Januari 2021
Cara membuat permohonan
Memandangkan kategori penerima diperluaskan, bagi mereka yang sudah ada dalam pangkalan data (penerima sedia ada) akan diteruskan.
Bagi mereka yang layak menerima Bantuan ini tetapi belum berdaftar, pihak Kementerian Kewangan akan membuka pendaftaran permohonan baharu Bantuan Prihatin rakyat Kategori Bujang 2021 pada awal tahun depan atau dijangka sebelum hujung Januari .
Cara membuat permohonan akan kami kemaskini dari masa ke semasa.
Pembayaran BPR Bujang 2021 akan dibuat secara berperingkat iaitu sebanyak dua kali iaitu bayaran pertama sebelum aidilfitri 2021.
- Fasa 1: April / Mei 2021
- Fasa 2: September / Oktober 2021
Boleh juga baca: Cara mohon Bantuan Prihatin Rakyat 2021 dan syarat kelayakan Permohonan
Segala update terkini kami akan kami kemaskini di telegram rasmi kami : BANTUAN PRIHATIN RAKYAT 21