Permohonan Bantuan Isi Rumah BPR 2021 sehingga RM1800
Bantuan Isi Rumah BPR 2021 .Belanjawan 2021,kerajaan telah mengumumkan Bantuan Sara Hidup (BSH) bakal digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).Sebanyak 4 kategori telah diumumkan untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Penambahbaikan dari dibuat bagi program bantuan BPR isi rumah 2021 berbanding bantuan sebelum ini.
- Purata pendapatan dinaikkan daripada RM2,000 kepada RM2,500
- Penambahbaikan juga turut dilaksanakan bagi isi rumah di mana sebelum ini bantuan hanya diberikan kepada purata gaji RM4,000 dan kini dinaikkan kepada RM5,000
Ini bermaksud jika isi rumah berpendapatan Rm5000 ke bawah juga layak memohon.
Kategori Bantuan Isi Rumah
1) Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 ke bawah Jumlah bantuan : RM1,200 (jika mempunyai seorang anak) Jumlah bantuan : RM1,800 (jika mempunyai dua orang anak atau lebih) |
2) Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 hingga RM4,000 Jumlah bantuan : RM800 (jika mempunyai seorang anak) Jumlah bantuan : RM1,200 (jika mempunyai dua orang anak atau lebih) |
3) Isi Rumah Berpendapatan RM4,001 hingga RM5,000 Jumlah bantuan : RM500 (jika mempunyai seorang anak) Jumlah bantuan : RM750 (jika mempunyai dua orang anak atau lebih) |

Syarat kelayakan permohonan
Setiap isi rumah yang ingin memohon hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut untuk membuat permohonan:
Syarat Pemohon Bantuan BPR Isi Rumah 2021
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
Syarat Pasangan Pemohon Bantuan BPR Isi Rumah 2021
- Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR/MyKAS)
- Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR/MyKAS)
Syarat Anak Pemohon Bantuan BPR Isi Rumah 2021
- Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja;dan
- Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad/MyKid) sahaja; dan
- Tidak bekerja atau tiada pendapatan yang berumur
– 17 tahun dan ke bawah; atau
– 18 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA/S
Bagi kategori bujang yang ingin membuat permohonan,boleh juga baca:
Artikel berkaitan
Permohonan Bantuan Bujang BPR 2021 RM350
Cara membuat permohonan
Permohonan secara Online
Permohonan BPR 2021 secara online boleh dibuat dengan link pautan berikut:
Borang permohonan boleh dicetak melalui Portal Rasmi BPR 2021 melalui pautan berikut
Hadir ke kaunter berikut untuk membuat permohonan:
- Cawangan LHDNM
- Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM
- Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM dengan melengkapkan Borang Permohonan BPR 2021 dan menghantar borang tersebut.
Tarikh Pembayaran
Pembayaran akan dilakukan melalui fasa 1 dan fasa 2.Jadual pembayaran adalah mengikut pengeluaran dari pihak LHDN iaitu
Isi Rumah Pendapatan Kurang RM2,500
- Fasa 1: April / Mei 2021
- Fasa 2: September / Oktober 2021
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 ~ RM4,000
- Fasa 1: April / Mei 2021
- Fasa 2: September / Oktober 2021
Isi Rumah Pendapatan RM4,001 ~ RM5,000
Tarikh pembayaran BPR 2021 kategori isi rumah pendapatan RM4,501 hingga RM5,000 mengikut fasa:
- Fasa 1: April / Mei 2021
- Fasa 2: September / Oktober 2021