Cara memohon Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 NADMA

0 1,004

Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 NADMA merupakan bantuan dari Agensi Pengurusan Bencana atau (NADMA) secara one-off kepada waris si mati yang meninggal dunia berkaitan jangkitan virus COVID-19 (kematian akibat COVID-19 atau kematian dengan COVID-19) sehingga maksima Rm5,000.

Syarat kelayakan permohonan

Berikut adalah syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon:

  1. Hanya pengesahan kematian berkaitan COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja terpakai untuk pengesahan bantuan khas ini.
  2. Hanya kematian berkaitan COVID-19 yang melibatkan warganegara Malaysia sahaja akan diberi bantuan khas ini melalui permohonan waris si mati
  3. Hanya satu waris sahaja yang layak menerima bantuan khas ini. Sekiranya terdapat lebih satu permohonan daripada waris-waris si mati, NADMA hanya akan mempertimbangkan permohonan pertama sahaja.

Boleh juga baca: Bantuan Khas Covid-19 (BKC): Jumlah Bantuan Dan Jadual Bayaran

Cara Memohon Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 NADMA

Berikut adalah cara membuat permohonan bagi yang memenuhi kelayakan:

  1. Mengisi borang permohonan (muat turun di bawah) atau rujuk laman web http://www.nadma.gov.my/ms/
  2. Sila pastikan dokumen-dokumen lengkap. Permohonan dan dokumen yang tidak lengkap akan ditolak.
    • Borang Permohonan yang disahkan oleh hospital yang memaklumkan kematian berkaitan COVID-19
    • Salinan Sijil Kematian
    • Salinan Kad Pengenalan pemohon (waris si mati)
    • Salinan Penyata Bank (yang masih aktif) pemohon (waris si mati)
  3. Hantar permohonan yang lengkap melalui pos / email / whatsapp ke NADMA:-

Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Jabatan Perdana Menteri Aras 7,
Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)

Alamat rasmi E-mel: [email protected]

Whatsapp: +60 11-1321 8056

untuk makluman Pembayaran bantuan ini akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Bantuan khas pengurusan kematian covid-19
Bantuan Kematian Covid-19 Nadma

Makluman: NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Anda juga boleh baca: Permohonan Bantuan Khairat Kematian Covid RM1,000

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi:

Boleh rujuk makluman dan hebahan terkini di Portal NADMA di pautan http://www.nadma.gov.my/ms/ ATAU

melalui saluran sosial mereka di FB NADMA

Sila Join Channel Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More