Bantuan Khas Covid-19 (BKC): Jumlah bantuan dan Jadual bayaran

0 2,074

Perdana Menteri  telah mengumumkan satu lagi bantuan tunai kepada rakyat iaitu Bantuan Khas COVID19 (BKC) di bawah PEMULIH (Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi) berikutan lanjutan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.

Pembayaran BKC ini adalah untuk membantu rakyat  bagi mengharungi hari-hari yang mendatang selain daripada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum ini.PM juga memaklumkan bayaran tambahan BPR yang diumumkan 31 Mei lalu akan dibuat pembayaran secara berperingkat bermula 29 Jun 2021.

Kategori dan Jumlah Bantuan Khas Covid-19(BKC)

Kategori dan Jumlah Pembayaran BKC adalah seperti berikut:

Kategori dan jumlah bantuan BKC
  1. Isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, 500 ringgit pada bulan November, dan RM300 pada bulan Disember.
  2. Individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan November
  3. Isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 ringgit pada bulan Ogos dan RM300 ringgit pada bulan Disember.
  4. Bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos
  5. Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan Ogos nanti.

Kategori yang layak menerima (BKC)

Penerima adalah terdiri daripada kategori Miskin Tegar,B40 dan M40

Tarikh dan jadual Pembayaran Bantuan Khas Covid-19(BKC)

Pembayaran akan dibuat pada bulan Ogos, November dan Disember mengikut kategori penerima.

Jadual Pembayaran BKC

Kaedah pembayaran adalah mengikut akaun masing-masing seperti berikut:

  • Miskin Tegar – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa
    permohonan BPR 2021
  • B40 – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa
  • permohonan BPR 2021
  • M40 – Akaun bank yang telah didaftarkan dalam
    rekod percukaian

Cara Membuat permohonan

Anda tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan anda adalah berdasarkan data daripada kategori berikut:

  1. Miskin tegar – Permohonan BPR 2021
  2. B40 – Permohonan BPR 2021
  3. M40 – Percukaian (LHDNM)

Sila Join Channel Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More