Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2021(BKSS 6.0):Senarai Bantuan terkini

0 2,471

Sudah masuk ke fasa ke 6 Bantuan Khas Sarawakku Sayang telah dilaksanakan.Sebelum ini,bermula 29 Mei 2021 hingga 11 Jun 2021,Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan di Serawak.Disebabkan PKP,bantuan terbaru ini dilaksanakan.

Bantuan terkini adalah berjumlah RM3.1 bilion.

Senarai Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2021(BKSS 6.0)

Berikut adalah senarai BKSS 6.0 untuk rakyat Sarawak:

1. Bantuan Tunai BKSS 6.0

  • Ketua Isi Rumah (KIR) B40 akan menerima pembayaran tunai RM250 sebulan untuk tempoh enam bulan mulai 31 Julai hingga 31 Disember 2021
  • Manakala individu bujang B40 yang berumur 21 tahun ke atas menerima pembayaran tunai RM500 secara sekali bayar (one-off).

Tiada permohonan perlu dibuat.

Senarai penerima bantuan berdasarkan pada semua data penerima BKSS B40 sebelum ini termasuk senarai penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.

Pembayaran akan dimasukkan ke akaun bank masing-masing atau yang tidak mempunyai akaun bank boleh menuntut dari mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).Bantuan KIR ini akan dikreditkan mulai 31 Julai hingga 31 Disember 2021.

2.Elaun Bulanan Khas Untuk Barisan Hadapan

Kedua, elaun bulanan khas petugas barisan hadapan yang menangani pandemik COVID-19 di Sarawak untuk tempoh 6 bulan (Anggota Kesihatan (RM300), Kakitangan Imigresen Yang Bertugas Di Pos-Pos Kawalan Sempadan (RM200), Kakitangan PDRM dan Bilik Gerakan Negeri (RM200), Angkatan Tentera Malaysia yang menjaga sempadan (RM200), Anggota RELA (RM200), Anggota Kastam diRaja Malaysia yang bertugas di semua pintu masuk sempadan/pelabuhan/lapangan terbang (RM200), Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan yang bertugas dalam perkhidmatan kecemasan/kerja-kerja pemeriksaan/sanitasi (RM200), Anggota Bomba dan Penyelamat (RM200), Anggota Angkatan Pertahanan Awam (RM200)

3. Bayaran RM1500 Kepada Pengamal Media

Pembayaran tunai sebanyak RM1,500 secara sekali bayar kepada pengamal media barisan hadapan.

4. Bantuan RM1500 Penjaja & Peniaga Kecil

Keempat, geran kepada penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan melalui Sarawak Pay (RM1,500 secara 2 peringkat; RM750 pada bulan Julai dan RM750 pada bulan Disember 2021).

5. Bantuan Kepada Pemilik & Pengendali Penambang

Bantuan tunai secara sekali bayar sebanyak RM500 kepada pemilik dan pengendali penambang berdaftar di negeri Sarawak.

6. Insentif RM600 Pengendali Van, Teksi, Bas

Keenam, insentif untuk Pengendali Van Penumpang, Pemandu Teksi, Pengendali Bas dan Van Sekolah yang berdaftar di Sarawak (RM600).

7. Bantuan RM500 Pemandu e-Hailing & Tenaga Pengajar Memandu

Ketujuh, bantuan kewangan kepada Pemandu e-Hailing dan Tenaga Pengajar Memandu secara one-off melalui Sarawak Pay (RM500).

8. Bantuan Kepada Agensi Pelancongan / Operator Homestay / Pemandu Pelancong

Kelapan, bantuan khas kepada Agensi Pelancongan berlesen (RM3,000), Operator Homestay berlesen (RM600), Pemandu Kenderaan Pelancongan berlesen (RM500), Pemandu Pelancong dan Pemandu Pelancong Taman Negara yang berlesen (RM1,500).

9. Bantuan Kewangan BKSS 6.0 Untuk Pemandu Pelancong & Pemandu Kenderaan Pelancong Berlesen

RM1,500 untuk Pemandu Pelancong dan 173 Pemandu Pelancong Taman Negara dan RM500 untuk 99 Pemandu Kenderaan Pelancong berlesen yang membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.63 juta.

10. Diskaun Bil Air BKSS 6.0

Diskaun 10% hingga 25% ke atas bil air bulanan untuk pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan mulai Julai hingga Disember 2021. Diskaun ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 647,000 isi rumah di seluruh Sarawak

11. Diskaun Bil Elektrik BKSS 6.0

Diskaun 5% sehingga 25% ke atas bil elektrik bulanan kepada pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan untuk bulan Julai hingga Disember 2021.

12. Pengecualian Sewa Untuk PKS

Kerajaan Sarawak akan meneruskan pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik Badan-Badan Berkanun dan syarikat-syarikat GLC Negeri seperti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah Sarawak (LCDA) dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bagi tempoh 6 bulan lagi iaitu Julai hingga Disember 2021.

13. Diskaun 50% Sewa Skim Perumahan HDC

Diskaun 50% sewa Skim Perumahan HDC akan diteruskan bagi bulan Julai hingga Disember 2021.

Langkah ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 3,200 penyewa Skim Perumahan HDC di seluruh Sarawak.

14. Diskaun Sewa Pasar & Gerai PBT

Diskaun 50% sewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk peniaga dan penjaja akan diteruskan bagi bulan Julai hingga Disember 2021.

15. Diskaun 25% Cukai Pintu

Diskaun 25% untuk taksiran Kadar Cukai Pintu tahunan melebihi RM400 dan diskaun 30% untuk Kadar Cukai Pintu tahunan RM400 dan ke bawah untuk premis kediaman, komersil, industri dan premis pegangan khas mulai Julai hingga Disember 2021

*Sumber: EDISI UKAS (Unit Komunikasi Awam Sarawak)

Sepanjang tempoh pelaksanaan BKSS 6.0, terdapat 11 langkah dalam pakej BKSS 5.0 yang masih dalam pelaksanaan, akan turut memberi manfaat kepada rakyat Sarawak iaitu:

  1. Diskaun 30% Cukai Tanah;
  2. Penangguhan Pembayaran Premium Tanah;
  3. Pengecualian Bayaran Permit Dan Lesen Perniagaan;
  4. Pengecualian Pembayaran Lesen Hotel Dan Rumah Tumpangan;
  5. Program Graduan Ke Arah Keusahawanan (GERAK) dan Usahawan Teknikal & Vokasional (USTEV);
  6. Skim Kredit Mikro Sarawak untuk Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS);
  7. Subsidi Faedah Bagi Targeted Relief And Recovery Facility (TRRF);
  8. (Pemansuhan Kadar Faedah 2% kepada 0% selama 3 tahun setengah di bawah Skim Kredit Mikro;
  9. Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS);
  10. Program Go Digital Sarawak; dan
  11. Latihan Pemasaran Digital.

Boleh baca: Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 5.0): 11 Inisiatif Untuk Rakyat

Cara membuat semakan BKSS 6.0

Semakan permohonan anda boleh di buat melalui pautan berikut:

  1. https://bkss.sarawak.gov.my/web/home/bkss_semak 
  2. https://bkss.sarawak.gov.my/web/home/article_view/233/326/

Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan dan Maklumat lanjut boleh hubungi

Talikhidmat – Tel: 082-555 999

Email:[email protected]v.my

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More