Cara Semak Status Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) Bujang

0 9,088

Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) bujang merupakan satu bantuan untuk penduduk Sarawak yang merupakan dalam status bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan.

Penerima BKSS kategori bujang yang menerima bantuan sebanyak RM500 yang akan dibayar secara one-off secara tunai yang dikreditkan terus ke dalam akaun simpanan pemohon yang layak. Bagi yang tidak mempunyai akaun bank, bayaran boleh dituntut  di mana-mana cawangan BSN.

Semak Status Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) Bujang

Semakan status permohonan kini sudah boleh dilakukan.Di bawah kami kongsikan cara membuat semakan status Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) Bujang

Permohonan (BKSS) Bujang

Pemohon tidak perlu membuat permohonan untuk BKSS 3.0 untuk individu bujang B40 sekiranya telah layak menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2020 di bawah kategori individu bujang B40.

Individu bujang yang lulus untuk menerima BPN 2020 di bawah individu bujang B40 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah secara automatik layak untuk menerima BKSS 3.0 kategori bujang

Kelayakan untuk memohon:

Antara kriteria kelayakan penerima BKSS kategori bujang adalah seperti berikut:

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak; dan
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas
  • Pendapatan bulanan adalah RM2,000 dan ke bawah (B40)

CARA BUAT SEMAKAN STATUS BKSS BUJANG

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat semakan status permohonan BKSS kategori bujang secara online:

Keputusan permohonan juga akan dimaklumkan secara SMS. Bagi yang tidak mempunyai internet dan telefon bimbit pula boleh buat semakan di Pejabat Daerah berdekatan

Kaedah pembayaran One OFF

Bayaran bantuan BKSS kepada individu bujang B40 yang layak akan dibuat seperti berikut:

  1. Bagi yang mempunyai akaun bank berdaftar dengan LHDN, bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang layak; ATAU
  2. Bagi yang tidak mempunyai akaun bank yang berdaftar dengan LHDN, bayaran secara tunai boleh dituntut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Sarawak

Sebarang Pertanyaan lanjut:

Anda boleh hubungi talian 082 555 999 atau emailkan pertanyaan ke alamat [email protected]

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

X
logo hiburan.my

Subscribe Post Terbaru dari kami kepada anda!

Dapatkan PERCUMA Info Bantuan Kerajaan ke Telefon Anda Setiap Hari.
Jangan lupa CONFIRMKAN SUBSCRIPTION di email anda!

Sila confirmkan Subscription INFO PERCUMA kami di EMAIL ANDA SEKARANG!