Bantuan Pakaian dan peralatan sekolah MAIWP 2021

0 1,592

MAIWP mulai tahun ini memudahkan keluarga asnaf dengan memberikan Bantuan Pakaian dan peralatan sekolah iaitu skim Bantuan Kasih Asnaf Back To School “Pilih & Pulang” Anda hanya perlu buat semakan penerima di laman yang disediakan dan buat tebusan di lokasi yang ditetapkan.

Bantuan Pakaian dan peralatan sekolah MAIWP 2021

Menurut MAIWP, jumlah keseluruhan dana zakat yang digunakan bagi Kasih Asnaf Back To School “Pilih & Pulang” untuk tahun 2021 adalah sebanyak RM9.13 juta

Bantuan yang dilakukan ini adalah berkonsepkan “Pembelian tanpa perlu pembayaran” atau dengan kata lain mereka perlu penebusan di lokasi-lokasi terpilih.

Setiap individu yang layak akan menerima kredit voucher RM250 – RM400 yang diberikan mengikut sekolah.

Sebagai contoh bagi Sekolah Rendah / Lelaki / Tidak Bersekolah Agama akan menerima bantuan sebanyak RM250 manakala Sekolah Rendah / Lelaki / Bersekolah Agama akan menerima bantuan RM400.

Dan kredit voucher ini boleh ditebus di kedai-kedai terpilih yang telah disenaraikan oleh MAIWP.

Serba ringkas Maklumat Bantuan Pakaian dan peralatan sekolah Kasih Asnaf Back To School “Pilih & Pulang”

  1. Hadir ke mana-mana 46 buah pasaraya/ kedai terpilih di sekitar Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
  2. Pilih barangan yang diperlukan berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh MAIWP mengikut kadar yang ditetapkan.
  3. Pulang dengan hati gembira tanpa perlu membuat bayaran

Antara lokasi penebusan dan pembelian kedai/Pasaraya:

  • Bintang Fashion Selayang Baru
  • Mydin Selayang Utama
  • Pusat Pakaian Hari-Hari Selayang Utama
  • Bintang Fashion–Metro Kepong
  • Canggih–Pustaka Rawang Enterprise
  • Pusat Pakaian Hari-Hari Sri Selayang
  • Bintang Fashion – Sri Gombak
  • Canggih–Kedai Canggih Wangsa Walk Mall
  • Canggih–Ana Muslim Desa Melawati
  • Pusat Pakaian Hari-Hari Taman Permata
  • Econsave Festival City–Setapak
  • Bintang Fashion–Aeon Big Wangsa Maju
  • Mydin Chow Kit Emporium
  • Pusat Pakaian Hari-Hari Jalan TAR
  • Pusat Pakaian Hari-Hari Jalan TAR 2
  • Pusat Pakaian Hari-Hari Jalan TAR 3
  • Canggih–Pustaka Ibu Pudu Sentral
  • The Store–Midpoint
  • Canggih–Paris Garden Kenanga Wholesale City
  • Pusat Pakaian Hari-Hari Jalan Petaling 2
  • Pusat Pakaian Hari-Hari Jalan Petaling 3
  • Canggih-Kedai Serbanika Pangsapuri Pantai Ria
  • The Store Sri Petaling
  • Bintang Fashion–Giant Kinrara
  • Econsave Jalan Klang Lama
  • Econsave Scott Garden
  • Pusat Pakaian Hari-Hari Taman Medan
  • Pusat Pakaian Hari-Hari Jalan Sri Permaisuri
  • Mydin Sinar Kota, Jalan Silang
  • Econsave Balakong
  • Pusat Pakaian Hari-Hari Jalan Silang
  • Pusat Pakaian Hari-Hari Lake Fields
  • Pusat Pakaian Hari-Hari Jalan Sungai Besi
  • Bintang Fashion Pandan Jaya
  • Canggih–Pustaka Rawang
  • Mydin Wholesale Hypermarket Semenyih
  • Pusat Pakaian Hari-Hari Kajang
  • Bataras Labuan
  • Bataras Labuan–Financial Park
  • Canggih–Canggih Bayu 2 Jalan Okk Awang Besar Labuan
  • Canggih–Rizqen Enterprise UTC Labuan
  • Canggih–Canggih Bayu Bukit Garden

Kadar Bantuan dan cara membuat penebusan

Bantuan diberikan sebanyak RM250 – RM400  dalam bentuk voucher mengikut jenis sekolah

Bagi mereka yang layak, anda perlu membuat penebusan bermula 23 Disember 2020 sehingga 30 April 2021.

Cara membuat penebusan:

  1. Memilih lokasi penebusan berhampiran tempat tinggal
  2. Membawa MyKad/ MyKid/ Surat Beranak atau Kad Asnaf yang diberikan (jika tiada myKad/myKid/surat beranak)
  3. Hendaklah memilih kelengkapan persekolahan mengikut kategori pelajar dan kadar bantuan yang telah ditetapkan
  4. Hendaklah membuat penebusan atas barangan wajib dahulu sebelum menebus barangan pilihan
  5. Pembelian melebihi kadar bantuan adalah tanggungjawab ibubapa/ pelajar sendiri

Antara Pakaian dan peralatan sekolah yang boleh ditebus melalui Skim
Bantuan Pakaian dan peralatan sekolah:

SekolahPelajarBarangan WajibBarangan Pilihan
RendahLelaki-Baju kemeja sekolah
-Seluar panjang sekolah
-Kasut sekolah
-Stokin sekolah
-Beg sekolah
-T-shirt
putih/singlet
-Seluar track
-Uniform & peralatan kokurikulum
-Alatulis
-Tali pinggang
-Kasut sukan
RendahPerempuan-Baju kemeja sekolah
-Seluar panjang sekolah
-Kasut sekolah
-Stokin sekolah
-Beg sekolah
T-shirt putih/singlet
Seluar track
Uniform & peralatan kokurikulum
Alatulis
Tali pinggang
Kasut sukan
Sekolah
Rendah
& Sekolah
Rendah
Agama/KAFA
Lelaki-Baju kemeja sekolah
-Seluar panjang sekolah
-Kasut sekolah
-Stokin sekolah
-Baju melayu sekolah agama
-Seluar melayu sekolah agama
-Samping
-Songkok
-Beg sekolah
-T-shirt putih/singlet
-Seluar track
-Uniform & peralatan kokurikulum
-Alatulis
-Tali pinggang
-Kasut sukan
Sekolah
Rendah
& Sekolah
Rendah
Agama/KAFA
Perempuan-Baju kurung sekolah
-Kain kurung sekolah
-Tudung sekolah
-Kasut sekolah
-Stokin sekolah
-Baju kurung sekolah agama
-Kain kurung sekolah agama
-Tudung sekolah agama
-Beg sekolah
-T-shirt putih/singlet
-Seluar track
-Uniform & peralatan kokurikulum
-Alatulis
-Tali pinggang
-Kasut sukan
Sekolah
Menengah
Lelaki -Baju kemeja sekolah
-Seluar panjang sekolah
-Kasut sekolah
-Stokin sekolah
-Beg sekolah
-T-Shirt putih/singlet
-Seluar Track
-Uniform & peralatan kokurikulum
-Alat tulis
-Tali pinggang
-Kasut Sukan
Sekolah
Menengah
Perempuan-Baju kurung sekolah
-Kain kurung sekolah
-Tudung sekolah
-Kasut sekolah
-Stokin sekolah
-Beg sekolah
-T-Shirt putih/singlet
-Seluar Track
-Uniform & peralatan kokurikulum
-Alat tulis
-Tali pinggang
-Kasut Sukan
Sekolah
Rendah
& Sekolah
Rendah
Agama/KAFA/ Pelajar Darul Kifayah
Lelaki-Baju kemeja sekolah
-Seluar panjang sekolah
-Kasut sekolah
-Stokin sekolah
-Baju melayu sekolah agama
-Seluar melayu sekolah agama
-Samping
-Songkok
-Beg Sekolah
-T-Shirt putih/ singlet
-Seluar Track
-Uniform & peralatan kokurikulum
-Alat tulis
-Tali pinggang
-Kasut Sukan
Sekolah
Rendah
& Sekolah
Rendah
Agama/KAFA/ Pelajar Darul Kifayah
Perempuan-Baju kurung sekolah
-Kain kurung sekolah
-Tudung sekolah
-Kasut sekolah
-Stokin sekolah
-Baju kurung sekolah agama
-Kain kurung sekolah agama
-Tudung sekolah agama
-Beg sekolah
-T-Shirt putih/ singlet
-Seluar Track
-Uniform & peralatan kokurikulum
-Alat tulis
-Tali pinggang
-Kasut Sukan
Sekolah
Menengah/ Pelajar
Darul Kifayah
Lelaki-Baju kemeja sekolah
-Seluar panjang sekolah
-Kasut sekolah
-Stokin sekolah
-Beg sekolah
-T-Shirt putih/singlet
-Seluar Track
-Uniform & peralatan kokurikulum
-Alat tulis
-Tali pinggang
-Kasut Sukan
Sekolah
Menengah/ Pelajar
Darul Kifayah
Perempuan-Baju kurung sekolah
-Kain kurung sekolah
-Tudung sekolah
-Kasut sekolah
-Stokin sekolah
-Beg sekolah
-T-Shirt putih/singlet
-Seluar Track
-Uniform & peralatan kokurikulum
-Alat tulis
-Tali pinggang
-Kasut Sukan
SMAMAIWP/ SMISTALelaki-Baju kemeja sekolah lengan panjang
-Seluar sekolah
-Stokin sekolah
-Songkok
-Beg sekolah
-T-Shirt putih/ singlet
-Seluar Track
-Uniform & peralatan kokurikulum
-Alat tulis
-Tali pinggang
-Kasut Sukan
SMAMAIWP/ SMISTAPerempuan-Baju kurung sekolah (kaf)
-Kain kurung sekolah
-Tudung sekolah (labuh)
-Stokin sekolah
-Beg sekolah
-T-Shirt putih/ singlet
-Seluar Track
-Uniform & peralatan kokurikulum
-Alat tulis
-Tali pinggang
-Kasut Sukan

Semak kelayakan Status Asnaf

Untuk mengetahui kelayakan anda,anda boleh terus semakan ke pautan link di bawah:

semak status kelayakan asnaf Bantuan pakaian dan persekolhan MAIWP
contoh yang akan terpapar di skrin anda.

Jika anda tidak berjaya,anda boleh juga cuba mohon bantuan persekolahan yang lain:

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut

Boleh hubungi MAIWP di talian di bawah untuk sebarang kemusykilan:

  1. Kuala Lumpur – 011 6254 2728 / 011 5920 909476 / 011 633 41373
  2. Putrajaya – 013 851 3066 / 08 741 9594 / 08 7419 716
  3. Labuan – 011 594 96216
Apakah kemungkinan yang terjadi sekiranya saya tidak membeli barangan wajib terlebih dahulu?

Jika mereka memilih untuk tidak melengkapkan pembelian barangan wajib dahulu, transaksi jualan tersebut adalah tidak sah dan batal. Barangan wajib perlu dihabiskan penubusan sebelum mereka dibenarkan membeli barangan keperluan peralatan sekolah yang lain

Bagaimanakah cara membuat pembelian sekiranya saya bukan pemegang MyKad/Bukan warganegara?

Anda perlu menunjukkan kad pintar (Kad MAIWP Kasih Asnaf) sebagai bukti yang anda adalah penerima yang sah ketika membuat pembelian. Juruwang hanya akan meneruskan proses jualan dikaunter setelah mengesahkan kad pintar anda.

Sekiranya MyKad saya rosak, apakah yang saya perlu lakukan?

Apabila situasi di mana MyKad anda rosak atau cip MyKad gagal disahkan, transaksi jualan secara manual akan dilakukan melalui terminal yang disediakan.

Apakah terma dan syarat pemulangan atau penukaran untuk pakaian seragam atau barangan keperluan persekolahan yang lain?

Produk boleh dikembalikan dan digantikan di kaunter khidmat pelanggan di cawangan dimana pembelian dilakukan. Pemulangan atau penukaran barandan hendaklah dilakukan di dalam tempoh 7 hari daripada tarikh pembelian dengan membawa resit asal pembelian, barangan tersebut (masih berada di dalam keadaan yang baik di dalam pembungkusan yang asal) dan tag harga yang tidak ditanggalkan.

Di manakah saya boleh menempah pakaian sekolah bagi saiz yang tidak dijual di kedai/pasaraya?

Saiz pakaian seragam sekolah yang sukar didapati dikedai atau pasaraya boleh ditempah dirangkaian pembekal seperti Canggih. 

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

X